Individu mengaku tolak tawaran gaji RM9,000 hanya kerana tidak mahu bekerja dengan ‘Type C’

Oleh KIM SYAZIE

Seorang individu mengakui menolak tawaran kerja dari sebuah syarikat dengan gaji RM9,000 sebulan kerana tidak mahu bekerja dengan ‘Type C’.

Type C dipercayai merujuk kepada golongan Cina.

Menerusi luahan yang dibuat secara ‘anonymous’ di X, individu berkenaan yang juga seorang ibu berkata, dia tidak mahu bekerja dengan syarikat yang didominasi bangsa Cina, namun tidak menjelaskan sebabnya lebih terperinci.

Dia seolah memberi gambaran tidak boleh bertahan dengan rakan sekerja berbangsa lain.

“Baru lepas tolak tawaran syarikat gaji RM9,000 sebab dah usha (selidik) syarikat penuh dengan Type C. Mati aku kena balun nanti.

“Aku ni dah lah hati tisu sejak-sejak jadi mak ni,” tulisnya.

Disebabkan rakyat Malaysia sudah lama hidup harmoni tidak mengira kaum, ternyata memang ramai pengguna media sosial terkejut mengetahui wanita tersebut melepaskan peluang kerja hanya kerana bangsa.

Mereka percaya bahawa dia boleh mendapat manfaat jika bekerja di sana.

Mereka juga mengingatkan bekerja di bawah syarikat bangsa Melayu juga tidak menjanjikan persekitaran kerja lebih baik.

Apa yang penting adalah menghargai ruang kerja dan rakam yang positif supaya dapat mendorong diri untuk lebih maju dalam kerjaya.

Baca juga: Rupanya ada banyak kegunaan soda penaik, tukang kebun kongsi rahsia yang ramai tak tahu