Individu yang buat pertama kali menjadi banduan sudah tentu akan mengalami gangguan dan masalah emosi serta fizikal kerana perasaan mereka bercampur baur dan risau ketika ini.
Mereka ini juga dikatakan akan mengalami tiga peringkat perubahan yang terjadi pada dirinya sepanjang berada di dalam penjara.
Tetapi berlainan pula terjadi kepada banduan yang sering keluar masuk penjara dia langsung tidak risau kerana sudah biasa apatah lagi warden penjara sudah pun kenal, dalam masa yang sama penghuni pun ramai yang sambut kedatangannya.
Penggunaa facebook Shamsuddin Nawawi mendedahkan rupanya individu yang pertama kali masuk penjara mengalami tiga peringkat.
Orang masuk penjara ada stages dia.
Kawan saya Phang Ah Hee (dec’d) yang saya ada cerita dulu, apabila dia masuk penjara, dia mengalami 3 peringkat (stages).
Stage 1 : Stage badan jadi kurus.
Risau, tak ada selera makan, tak boleh telan makanan penjara, bertukar suasana, tak boleh tidur dan itu menyebabkan badannya susut, mata cengkung dan penampilan tidak terurus. Maklumlah routine harian sudah berubah. Kalau di luar boleh lah tengok cermin puas2, kalau janggut mula tumbuh terus boleh bercukur. Kalau bulu hidung panjang boleh gunting. Kalau biasa lepas office boleh singgah massage mandi wap dulu sebelum balik rumah, sekarang sudah tak boleh.
Dulu kawan-kawan akan ajak pergi Happy Hours dulu, sekarang dah tak boleh. Teringat anak bini di rumah. Teringat juga bini ni ingat tak nak tutup pintu rumah bila malam. Pintu belakang rumah itu bini dah kunci ke belum. Anak-anak ok ke tak. Nak tidur siapa yang peluk cium say goodnight sweep dream sleep tight. Pendeknya macam-macamlah berlegar-legar dalam kepala.
Stage 2 : Badan naik sikit
Bila dah dapat sesuaikan diri, dah boleh terima dan telan makanan penjara, badan jadi naik semula. Sudah mula terima janggut dan jambang dan perasan pulak nampak macho konon. Sudah boleh senyum jumpa inmates lain masa makan dan time ambik fresh air.
Dah tak kisah pandangan dan jelingan inmates lain. Maklumlah dulu dia DPP tentulah ramai inmates yang dia dakwa dan masukkan ke penjara. Tak kurang juga inmates yang masa dia jadi lawyer kalah kes masuk penjara juga. Tapi bila dah senasib itu, ada yang jadi kawan pulak.
Stage 3: Tak lama lagi nak keluar
Bila dah dekat nak keluar penjara, mulalah risau rungsing semula. Bila keluar nanti macam mana? Bini ada ke lagi. Anak-anak kenal tak ke dia? Takut anak-anak kena ejek di sekolah dan jadi marah pada dia. Sampai kereta roadtax dah mati pun jadi bahan risau. Habis segala benda yang remeh pun dia risau. Badan jadi kurus semula. Mata cengkung semula sebab tidur tak cukup. Asyik menung sahaja.
Itu cerita 1st timer.
Kalau yang seasoned keluar masuk penjara, cerita dia lain pulak. Bila dia masuk lagi, dia tak risau langsung. Warden pun kenal dia. Penghuni lama pun sambut dia.
Yang ini kita cerita lain lah…
Memanglah, Starbuck apa ke bendanya mana ada dalam penjara. Kena tahanlah ketagih itu dulu. Itu belum kira ketagih rokok, cigar Cohiba lagi.
Sabarlah…penjara belum neraka lagi.
Baca juga: Anak risau Najib tidak dapat minum Starbucks semenjak dipenjara
Baca juga: Anak hanya pinjaman Allah, Ibu bapa Awliya Delisha redha dengan ketentuan tuhan