Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Individu sebar kenyataan sensitif politik giat dikesan

Individu sebar kenyataan sensitif politik giat dikesan

BernamaFebruary 29, 2020 3:19 pm




Polis sedang giat mengesan beberapa individu susulan kenyataan sensitif yang dimuat naik dalam laman sosial berhubung krisis politik negara selepas kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang dan perdana menteri meletakkan jawatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Huzir Mohamed berkata pada Khamis lepas, Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah menjalankan siasatan ke atas satu kenyataan yang dimuat naik oleh pemilik akaun Facebook ‘Sharifah Sofia Syed Rashid III’ yang turut dikongsi pemilik akaun Facebook ‘Zali Zakri’, ‘Kunak Sabah Balacan’ dan ‘Malek Hj Lahab’.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.

“Siasatan lanjut masih diteruskan mengesan suspek yang terlibat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Huzir menyeru orang ramai agar tidak membuat, menerbitkan atau mengedarkan apa-apa kenyataan, khabar angin atau berita yang boleh menyebabkan kegentaran kepada orang awam bagi menjamin kesejahteraan dan keharmonian masyarakat.

“Polis juga menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang tindakan yang menyalahi undang-undang, mengeluarkan apa-apa kenyataan ataupun memuat naik sebarang artikel yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam atau mendatang kebencian kepada mana-mana pihak,” katanya.

Tegasnya, polis tidak akan berkrompomi dan akan mengambil tindakan tegas bagi mengheret pesalah ke muka pengadilan.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata polis telah membuka satu kertas siasatan berhubung penyebaran berita palsu tentang keadaan yang berlaku di Istana Negara berhubung isu jawatan Perdana Menteri.- BERNAMA.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Darurat untuk selamatkan kerajaan yang sudah jatuh?

Ketika berebut makanan, mereka minta kotak untuk alas tidur

Selepas tindakan Nazri, kini terserah kepada Agong untuk tukar PM, kata peguam

Negara lain juga darurat, tapi tak gantung fungsi Parlimen

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Terkini

Kerajaan didesak hentikan sikap SOP berubah-ubah

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pelakon watak Atan & Atok uzur tidak mampu makan dan minum

Hotel Royale Chulan dijual lebih rendah

Harimau menangis: Interaksi alam dan ancaman kepupusan

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production