Malaysia Dateline

Individu terkejut terima ratusan parcel kosong, ada parcel berisi ‘serbuk putih’ tapi tak tahu siapa hantar

Seorang pengguna Twitter berkongsi kisah seram yang menhantui dirinya sejak awal tahun ini apabila sering menerima bungkusan parcel misteri yang tidak berisi apa-apa.

Individu berkenaan yang menggunakan akaun @marinadndy menunjukkan sebuah bungkusan yang diterimanya baru-baru ini yang mengandungi sebungkus serbuk putih.

Walaupun individu berkenaan memberitahu enggan mengambil parcel tersebut kerana tidak membuat sebarang pembelian, namun dia terpaksa juga menerima bungkusan tersebut.

“I received puluhan parcel misteri, mungkin dah mencecah ratus parcel. Ini dah termasuk 3 parcel dapat benda putih ni, sebelum-sebelum ni lagi macam-macam

“I dah cakap I tak nak receive, tak nak buka, tak nak ambil, tapi kena ambil juga.

“Sebab I tak beli apa-apa barang, buat apa I terima. Eish ngarut betul. Buat sampah je,” tulisnya sambil meminta pengikut di Twitter untuk menjelaskan apa yang sebenarnya sedang terjadi.

Selain serbuk putih, dia juga pernah menerima sekeping mask, dan getah rambut yang sudah digunakan.

Pada masa sama, dia juga memberitahu telah menghubungi nombor yang tertera pada parcel, namun nombor tersebut tidak wujud, manakala alamat penghantar pula palsu.

Sementara itu individu tersebut memaklumkan bahawa sejak Mac tahun ini dia sering menerima parcel yang bukan miliknya dan semakin bingung memikirkan keadaan tersebut.

“I dapat misteri parcel. Dalam ada sekeping mask. Nombor telefon tiada di dalam perkhidmatan. Alamat pula palsu. Parcel tulis dari Shoppee tapi I tak ada buat pembelian dari Shoppee. Dah lah sekeping aje. Buang tebiat kalau I order satu je,” tulisnya dalam hantaran pada Mac.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang menasihatkan agar individu berkenaan berhati-hati bimbang ada yang cuba menghantar hal yang tidak baik.

Pada masa sama, ramai juga berkongsikan kisah serupa menerima parcel kosong dan yang lebih mengerikan pernah menerima parcel berisi helaian rambut gugur, dan juga paku.

“Kalau rasa pelik sekitar pukul 6 petang hingga 8 malam atau selepas pukul 11 malam tu bolehlah cuba pergi tanya ustaz segera. Pernah kawan rapat kena, parcel datang dengan nama palsu dan nombor telefon palsu.

“Sebelum buka macam ada isi dalam dia, bila buka kosong. Lepas itu suasana rumah jadi lain, sampai kena rasuk pun ada,” kongsi salah seorang pengguna Twitter.

“Pernah dapat sekali je lah, parcel entah dari siapa. Dalam tu ada paku. Tak beli pun tiba-tiba dapat. Baik aku beli dekat hardware je kalau betul nak beli paku. Tak logik aku nak beli paku online. Terus buang parcel tu, seram,” komen pula yang lain.

Bagaimanapun individu yang menerima ratusan parcel misteri ini memberitahu bahawa setakat ini dia baik-baik sahaja dan tiada kejadian buruk berlaku terhadapnya.

Baca juga: Isu suami dayus, ustaz perjelas waktu bersalin dikira kategori darurat

Baca juga: Filem ‘Jalan Masih Panjang’ berdasarkan kisah Anwar Ibrahim dalam pembikinan