Indonesia mahu isytihar keluar fatwa penyebaran berita palsu di facebook, twitter

Indonesia mahu isytihar keluar fatwa penyebaran berita palsu di facebook, twitter

Majlis tertinggi ulama Indonesia akan mengeluarkan fatwa mengisytiharkan penyebaran berita palsu sebagai bertentang dengan Islam, kata pengerusi pertubuhan itu hari ini.

Laporan yang dipetik dari Reuter menyebut Indonesia yang memiliki jumlah penguna tertinggi lama sosial seperti Facebook dan Twitter selain jumlah umat Islam terbesar di dunia, sekali gus mencetus kebimbangan berita palsu mampu mencetus ketegangan agama dan etnik di negara itu.

“Kami akan mengeluarkan larangan itu secepat mungkin, kerana keadaan semasa yang membimbangkan,” kata Pengerusi Majlis Ulama Indonesia, Maaruf Amin.

Bagaimanapun, majlis itu bukanlah sebuah badan kerajaan atau perundangan dan fatwa yang dikeluarkan tidak terikat secara sah.

Fatwa itu dijangka dikeluarkan sebelum pilihan raya bagi memilih gabenor negar itu pada 15 Februari depan yang akan menentang penyandangnya, calon etnik Cina Kristian, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok dengan dua calon Islam.

Presiden Joko Widodo berkali-kali menggesa pengguna media sosial supaya tidak menyebarkan berita palsu dan kerajaan republik itu juga akan mengadakan pertemuan dengan eksekutif Facebook di rantau ini untuk mengadakan perbincangan mencari jalan bagaimana untuk memantau masalah penyebaran berita palsu di laman sosial.

TAGS