Malaysia Dateline

Indonesia pula alami kenaikan harga telur, paling mahal sejak lima tahun lalu

Stesen penyiaran CNN Indonesia melaporkan negara itu kini berhadapan dengan kenaikan harga telur ayam apabila ia jual dijual melebihi 30,000 rupiah (RM9.06) bagi setiap satu kilogram, menjadikannya rekod tertinggi sejak lima tahun lalu.

Dilaporkan, daripada hanya 27,000 rupiah sekilogram (RM8.16), harga telur meningkat lagi 2,000 rupiah dalam masa beberapa minggu dan menjadikannya sehingga 30,000 rupiah sekilogram ketika ini.

Bahkan, kata Ketua Umum Persatuan Pedagang Pasar Indonesia, Abdullah Mansuri, harga telur sudah mencecah 32,000 rupiah (RM9.67).

Sementara itu, Ketua Persatuan Penternak Ayam Telur, Yudianto Yosgiarso berkata, sebelum perang Russia-Ukraine tercetus, harga dedak makanan ayam hanya 6,250 rupiah (RM1.89) bagi setiap kilogram, namun kini harganya melonjak kepada 7,600 rupiah (RM2.30) bagi satu kg.

Selain itu, kata Yudianto, faktor cuaca turut memain peranan utama dalam mempengaruhi harga telur. Ini kerana musim peralihan menyebabkan banyak ayam jatuh sakit, sekali gus mengurangkan kuantiti penghasilan telur.

“Cuaca yang tidak menentu menyebabkan banyak ayam sakit,” ujarnya

Baca juga: Tiada lagi VIP yang kebal di sisi undang-undang, ini permulaan baru bersihkan Malaysia dari rasuah

Baca juga: Penulis buku, Tom Wright ingat kembali bagaimana Najib beli jam setengah juta ringgit untuk Rosmah