Indonesia rupanya pernah ‘claim’ lagu Negaraku diciplak dari negara mereka

Oleh KIM SYAZIE

Beberapa tahun lalu pernah kecoh sekejap apabila Indonesia mendakwa lagu kebangsaan Malaysia diciplak dari muzik Indonesia, bahkan media negara itu mendakwa lagu Negaraku dicipta oleh mereka.

Mereka membuat andaian bahawa lagu Negaraku mirip dengan lagu ‘Terang Bulan’ yang diciptakan oleh Saiful Bahri seorang pemuzik di Jakarta dan dinyanyikan pertama kali di Indonesia pada tahun 1938

Susulan itu mereka mendakwa Malaysia mengambil melodi daripada lagu tersebut untuk dijadikan lagu kebangsaan negara.

Terang Bulan dicipta penggubah muzik Indonesia pada tahun 1938, dan lagu Negaraku Malaysia hanya mula didengari pada tahun 1957. Jadi benarkah kita mengambil lagu Indonesia?

Umum tahu, lagu Negaraku mempunyai melodi yang sama dengan “Allah Lanjutkan Usia Sultan”, iaitu lagu kebangsaan negeri Perak. 

Lagu negeri itu dicipta semasa Sultan Perak iaitu Sultan Idris  melawat England pada tahun 1888. Maknanya, baginda yang terlebih dahulu mendengar lagu itu, bukan?

Malah sebelum Indonesia mengaku lagu itu mereka punya, pada tahun 1928 lagi sudah ada versi Kantonis dengan tajuk Mamula Moon. 

Eh, jadi lagu Terang Boelan tu pun bukan asalnya daripada mereka. Jadi, dari mana?

Melodi lagu Negaraku ini sebenarnya berasal dari Pulau Mahé di Seychelles yang digubah oleh seorang Perancis bernama Pierre-Jean de Béranger (1780-1857) dengan tajuk asalnya, “La Rosalie”. 

Selepas itu, lagu ini mula kedengaran di Kepulauan Melayu Nusantara apabila Indonesia dijajah Belanda.

Perkara ni disahkan sendiri oleh ahli sejarah Malaysia, Tan Sri Khoo Kay Kim yang berkata ia sebenarnya datang dari La Rosalie dan bukan berasal dari Indonesia.

“Kami tidak meluluskan tune sebuah lagu rakyat Indonesia (untuk Negaraku),” – Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim

Justeru, walaupun lagu tu terlebih dahulu dimainkan di Indonesia, tak bermakna Malaysia mencuri daripada mereka. 

Mereka sendiri pun ‘mengambil’ lagu La Rosalie itu dan jadikan lagu Terang Boelan. Manakala kita pula memang tahu asal usul lagu kita.

Baca juga: Ini 5 produk yang dah kena ‘claim’ oleh Indonesia tetapi sebenarnya milik Malaysia