‘Influencer’ acah kaya buat hal, borong makanan banyak tapi nak bayar dengan gadai telefon bimbit

Oleh MAISARAH AISYA

Terlalu banyak individu dengan pengikut banyak acah seperti merekalah orang terpaling kaya dalam dunia sedangkan tiada duit dalam poket.

Kemudian buat pula ‘content’ bodoh demi menaikkan jumlah tontonan meskipun begitu masih ada yang mengangkat orang sebegini.

Umur masih muda tapi lagak seperti ada duit berkepuk, kerja pun tidak, jadi daripada mana wang tersebut datang.

Di Indonesia, seorang pesohor media sosial membuat kecoh di sebuah pasar raya di Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara.

Perkara tersebut dilakukan demi ‘content’ dan ia mengundang kecaman orang ramai, lapor saluran berita Tribunnews.

Video kejadian tersebut dimuat naik oleh pengguna akaun TikTok @rianoyan3, dapat dilihat remaja tersebut membawa pelbagai jenis makanan ke kaunter pembayaran.

Bukan hanya makanan ringan, terdapat juga minuman, manisan, makanan sejuk beku dan lain-lain.

Apabila tiba masa untuk buat pembayaran, remaja tersebut memaklumkan dia mahu menggadaikan telefon bimbitnya untuk bayaran segala makanan itu.

“Dia mahu menggadaikan telefon bimbitnya untuk membayar semua barangan yang diambil,” kata seorang kakitangan dalam video.

Meskipun didesak untuk membayar secara tunai, remaja itu tetap dengan pendirian dan menolaknya.

Rata-rata netizen di sana menasihatkan remaja tersebut untuk sedar diri, jika tiada wang maka tak perlu berlakon kaya.

“Nampak gaya kalau jual telefon pun tak mampu nak tampung harga makanan tu, kalau telefon mahal tak apa juga, ni murah.

“Suruh dia susun balik semua barang itu.

“Kenapa borong macam-macam kalau tahu tak ada duit,” antara komen netizen.

Baca juga: Terkenal lepas jadi pelakon suara untuk ‘Doraemon’, Nobuyo Oyama meninggal dunia di usia 90 tahun