‘Influencer’ maut lepas ikut senaman, diet ekstrim

Oleh KIM SYAZIE

Ramai yang memilih untuk menurunkan berat badan dengan melakukan diet dan senaman.

Siapa sangka niat pempengaruh untuk menurunkan berat badan akhirnya menjadi asbab kematiannya.

Menurut South China Morning Post (SCMP), Cuihua, 21, memiliki berat badan 156 kilogram (kg) maut selepas dua hari menyertai latihan.

Cuihua menyertai latihan senaman penurunan berat badan di sebuah pusat latihan kecergasan di wilayah Shanxi di utara China.

Kematian wanita itu menimbulkan kebimbangan mengenai trend senaman dan diet ekstrem di republik berkenaan.

Punca kematian dan butiran lain mengenai bagaimana dia meninggal dunia masih belum didedahkan.

Wanita tersebut berkongsi dengan pengikut tentang niatnya yang mahu menurunkan berat badan hingga tinggal 100 kg malah sudah berjaya hilang 26kg.

Sehari selepas dia memulakan kem latihan baharu pada 25 Mei, Cuihua menyiarkan di laman sembang WeChat dia berasa tidak sihat.

Dalam video yang dikong, Cuihua dilihat berlari dengan beban di bahu sambil mata tertutup rapat sebelum berhenti, sambil tercungap-cungap.

Menurut media tempatan, pusat latihan tersebut menyuruh wanita itu untuk membuat live dan video bagi mempromosikan perniagaan mereka setiap malam

Namun pada pagi 27 Mei, seorang kakitangan di kem itu menelefon bapa Cuihua yang bernama Zhou memaklumkan anak perempuannya sudah meninggal dunia.

Zhou dilaporkan sudah bersetuju untuk menerima pampasan daripada pusat latihan itu.

Baca juga: Berderau darah tengok sekeluarga ular pindah dalam ‘aircond’ – Mak dia mana?