Influencer terkenal nekad ‘cerai’ dengan diri sendiri selepas tak sampai 24 jam kahwini diri sendiri

Oleh KIM SYAZIE


Entah apa yang bermain di minda seorang pempengaruh media sosial Argentina sehingga sanggup membuat keputusan menikahi diri sendiri.

Namun selepas sehari berkahwin, Sofi Maure dikatakan tidak tahan dengan diri sendiri sehingga melihat jalan akhirnya adalah penceraian.

Menurut India Times, wanita berusia 25 tahun itu memuat naik gambar dirinya dalam gaun pengantin dan memaklumkan sudah menempah kek untuk menyambut hari bersejarah itu.

Bagaimanapun, hanya selepas 24 jam, Sofi membuat keputusan untuk ‘bercerai’ dengan dirinya selepas sehari menjalani ‘perkahwinan’ bersama diri sendiri.

“Terkini: Sehari selepas mengahwini diri sendiri, saya sudah tidak tahan lagi. Saya melihat perceraian mungkin berlaku,” katanya di media sosial.

Berkemungkinan wanita tersebut hanya memuat naik perkara sebegitu untuk menarik perhatian dan tidak dapat dipastikan sama ada dia benar-benar berkahwin atau tidak.

Baca juga: Guna TikTok jual Hot Wheels, murid 12 tahun ini jana pendapatan cara tersendiri