Infrastruktur jalan raya akan dinaiktaraf jika Mohamad menang di Kota Raja

Infrastruktur jalan raya akan dinaiktaraf jika Mohamad menang di Kota Raja

Calon Pakatan Harapan di Kota Raja Mohamad Sabu mahu meningkatkan infrastruktur jalan raya sekiranya diberikan mandat menjadi wakil rakyat di kawasan itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

“Isu utam di Kota Raja adalah masalah infastruktur yang perlu dipertingkatkan kerana berlaku kerap banjir kilat.

“Ini keraja keadaan jalan raya ada kelemahan, ia perlu di perbaiki segera,” ujarnya ketika turun ke kawasan untuk mendekati golongan muda di Taman Seri Muda di Dun Sentosa hari ini.

Beliau dijadualkan akan hadir dalam siri ceramah di Dun Kota Kemuning dan Dun Kandis malam ini.

Kota Raja akan bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN V Gunalan dan calon Pas Mohamad Diah Baharun.

Menurut Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata, punca jalan raya di Kota Raja kurang sempurna membabitkan kawasan industri.

Justeru katanya tumpuannya akan diberikan untuk membaiki infarastruktur jalan raya bagi mengatasi masalah banjir kilat.

” Di sini banyak kawasan industri yang menjadi punca kerosakan jalan kerana banyak lori pasir.

“Ini perkara normal berlaku bagi kawasna sebegini. Kita harap selepas pembentukan kerajaan baharu di Selangor dan terbentukya kerajaan persekutuan kita akan kaji secara menyeluruh berkaitan infrastrutu jalan raya di Parlimen Kota Raja ini hingga ke Sepang,” ujarnya.

Kota Raja yang diwujudkan sejak 2004, kekal mempunyai hampir 50% pengundi Melayu. Pada mulanya ia dimenangi BN, kemudian Pas pada 2008 dan 2013 dengan majoriti lebih 20,000 undi.

Pada 2013, Mohamad bertanding di Pendang, Kedah, tetapi kalah dengan kelebihan 2,638 undi kepada wakil BN, Datuk Othman Abdul.

5.0
OVERALL SCORE
1 user vote x 10.0