Meskipun kebanyakan kedai tidak menyediakan sensor di luar kedai, sudah banyak yang memasang rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
Tapi masih ramai dilihat berani mencuri sedangkan wajah mereka terpampang jelas dalam rakaman CCTV.
Bukan sekali tapi sudah kali kedua seorang wanita berani mencuri barang, pada mulanya ia dilakukan secara berseorangan dan kali kedua bersama seorang wanita lain dan budak perempuan.
Taktik yang digunakan bukan meletakkan ia di bawah baju sahaja malah dengan selamba menyembunyikan ia di bawah bahagian ketiak.
Lebih menyedihkan rakaman kedua menunjukkan budak perempuan yang mengambil beberapa barang sebelum diberikan kepada wanita dewasa.
Satu video dikongsi menerusi TikTok @efonyx yang berkongsi rakaman CCTV kejadian tersebut melibatkan dua wanita dewasa dan satu kanak-kanak perempuan.
Rata-rata netizen pelik melihat mereka ini terlalu berani mencuri hingga terlupa bahawa wajah mereka dirakam.
“Aku kalau tak ada duit, aku tak bawa anak berjalan, duduk je rumah. Ini tidak ajar dia mencuri pula.
“Habis anak beranak mencuri, kenapa tak bawa sekampung je biar kosong kedai kau masuk tu.
“Kak ni bukan zaman batu, CCTV ada dekat merara tempat, habis setiap sudut nampak muka kau.
“Tiga staf semua duduk dekat meja juruwang, pastikan ada seorang duduk lihat pelanggan, nampak kecuaian, sukalah si pencuri sebab semua sibuk,” antara komen netizen.
Baca juga: Lelaki terkedu kena ‘reject’ bakal majikan sebab berasal dari Kelantan