Ingatkan berbaloi beli barang promosi, rupanya harga lagi ‘cekik darah’

Oleh MAISARAH AISYA

Mendengar sahaja perkataan promosi, biasanya beli lebih satu barang harganya akan murah namun berbeza pula dengan gambar tular.

Seorang pengguna Facebook, Halim Aziz memuat naik gambar barangan promosi di mana harga asalnya dilihat jauh lebih murah berbanding harga yang diletakkan.

Jelas pengguna tersebut, terdapat dua harga yang berbeza dipamerkan pada rak jualan spageti kering.

“Satu peket spageti kering RM3.08, namun terdapat jualan promosi dengan menawarkan harga RM6.59 untuk dua peket spageti kering.

“Anda rasa mana berbaloi? Ambil set promosi atau ambil asing-asing?,” soalnya dalam satu hantaran.

Menurut Kosmo, perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai sehingga meraih lebih 500 komen sejak semalam.

Malah situasi tersebut bukanlah kali pertama belaku, ada pengguna lain yang berkongsi pengalaman sama.

“Pernah kena juga, beli susu anak. Satu peket tulis RM18.90, kalau ambil dua ada promosi jadi RM40.

“Tanpa fikir lama sebabkan tulis promosi terus saya ambil dua peket sekali. Lepas dah bayar, dalam kereta sambil baca semula resit pembelian baru perasan harga promosi merugikan,” kongsi Athirah.

“Sebab itu kita kena belajar subjek Matematik. Supaya pandai kira satu tambah satu, orang kita pantang nampak perkataan ‘promosi’, terus diambilnya, sedangkan kena ‘gula-gulakan’ dengan peniaga,” tegur Azilah Md.

Selepas ini kena perhatikan betul-betul harga barang sebelum membeli, jangan membazir jika boleh berjimat.

Baca juga: Bebas ceramah di Terengganu, Ustaz Azhar Idrus akhirnya lulus tauliah mengajar