Malaysia Dateline

Ingatkan bila darurat tiada politiking, rupanya PN yang panaskan…

“Ingatkan bila istihar darurat maka suhu “politiking” reda. Rupanya makin panas dan tidak bermoral,” kata anggota Majlis Tertinggi Umno selepas seorang lagi ahli Parlimen PKR melompat meninggal parti itu semalam.

Ini kerana, tujuan diadakan darurat sebagaimana yang dinyatakan oleh perdana menteri adalah untuk mengurangkan politiking dan membolehkan kerajaan memberikan fokus untuk melawan Covid-19.

Tetapi realitinya, politiking dijalankan oleh Perdana Menteri sendiri apabila menerima sokongan dua MP PKR sebelum Dr Xavier Jayakumar juga melompat parti dan menyokong kerajaan Perkatan Nasional (PN).

PM Muhyiddin meraikan dua MP PKR yang meninggalkan PKR dan menyokong PN ketika perintah Darurat.

Datuk Dr Puad Zarkashi berkata, inilah musibah bila wujud kerajaan tanpa majoriti jelas.

“Mereka yang keluar dan melompat itu pula ada masalah tersendiri.

“Dikejar LHDN atau mungkin disiasat oleh SPRM,” kata bekas timbalan menteri itu lagi.

Namun beliau berdoa, “Semoga tidak berlaku aktiviti tawar menawar dan jual menjual,” selepas apa yang berlaku kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli itu.

Puad juga mempersoalkan, macam mana Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa boleh tahu lapan lagi MP pembangkang akan jadi katak?

“Tidak mungkin dia terlibat,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan propaganda kerajaan BN dahulu.

Ini ekoran tindakan Dr Xavier Jayakumar, MP Kuala Langat keluar parti dan sokong Kerajaan PN itu.

Menurut Annuar Musa lagi, “Sebenarnya lebih ramai, termasuk ahli Parlimen, yang bersedia untuk beri sokongan kepada kerajaan PN.”