Netizen mengecam keras pasangan kontroversi memohon sumbangan awam (crowdfunding ) bagi membayar wang ikat jamin sebanyak RM40,000.
Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38, dikatakan terpaksa berbuat demikian ekoran menghadapi masalah kewangan.
Peguam R Sivaraj dilapor berkata setakat ini mereka hanya berjaya mengumpulkan RM3,000 hasil sumbangan peguam, NGO dan orang awam.
Susulan itu rata-rata warganet termasuk bukan Islam turut mempersoal pasangan terbabit yang dianggap tidak meghormati sensitiviti masyarakat.
Antaranya, pengguna Facebook Dennis Chow Yit Kai menegaskan kaum Cina juga tidak ingin membantu dan menganggap biarlah kedua-dua pasangan terbabit mengambil iktibar daripada apa yang telah dilakukan.
“Tiada yang ingin membantu walaupun Cina sebab terang-terang dia menghina agamanya. Kita sebagai rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama patut menghormati antara satu sama lain.
“Hukuman ke atas mereka wajar supaya menjadi peringatan kepada semua jangan menyentuh isu agama dan bangsa sebagai bahan lawak,” katanya.
Sementara itu, Zharif Fikri Omar pula menyifatkan buang duit sahaja untuk membantu mereka yang mengganggu keharmonian masyarakat di negara ini.
“RM3,000 saja dari RM40,000? Barangkali inilah yang orang tua dulu kata, ‘Teman ketawa ramai sekali, teman menangis sukar dicari’,” sindir Rahimin Idris.
Tidak kurang juga berpendapat mereka berdua sengaja mencari ‘penyakit’ selain menderma pada anak yatim jauh lebih baik.
“Ingatkan dah kaya sangat sampai hina agama Islam,” kata ramai warganet lagi.
Bagi Julia Nasir pula, berani buat berani tanggung termasuklah bayar ikat jamin bukannya meminta dan merayu sumbangan wang orang ramai.
“Sendiri yang cari penyakit, lepas tu nak minta tolong orang ramai. Limau purut tiga serangkai, buta perut tak dak akal,” sindir Shaharul Azhar sambil sempat berpantun dua kerat.
Baca juga ‘Buatlah lawak lagi, kami nak ketawa’, netizen tempelak pasangan kontroversi