“Ingatkan dekat Thailand” – Wanita cantik tarik perhatian walaupun hanya jual roti

Oleh KIM SYAZIE

Selalunya imej wanita seksi berniaga ini selalunya dikaitkan dengan negara sebelah, Thailand.

Tidak hanya dengan penampilan yang seksi, mereka juga banyak tular di media sosial dek kerana ramai pelanggan datang membeli.

Kini tular pula mengenai seorang wanita cantik yang menjual roti di Sri Petaling hingga menjadi bualan ramai.

Menerusi beberapa perkongsian di Facebook, peniaga wanita itu kelihatan fokus menyiapkan beberapa jenis roti dan kecantikannya menjadi sebutan para pelanggan.

Menurut Kosmo, seorang individu tampil berkongsi cerita mengenai wanita tersebut yang nekad membuka perniagaan roti selepas sukar mendapat kerja.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berseloroh menyamakan situasi tersebut seperti di negara jiran.

“Sama macam peniaga-peniaga di Thailand, wanita cantik, muda, seksi rajin berniaga, jadi tarikan di kedai,” kata pengguna Facebook.

“Lepas ni makin ramai golongan suami, bujang, duda nak beli roti untuk anak bini, jaga-jaga,” ujar pengguna lain.

Baca juga: “Yuran macam harga sebiji rumah” – Warganet terlopong lihat wanita bagi cikgu hadiah cecah RM32k