Ingatkan di negara Mat Saleh rupanya dekat Malaysia, pemuda ini akui rela tidur dalam kereta demi berjimat cermat

Oleh KIM SYAZIE

Kita sering menyaksikan segelintir penduduk di Barat memilih untuk menjadikan kereta mereka sebagai rumah, namun sangat jarang kita menyaksikan situasi itu berlaku di Malaysia.

Jika ada pun, ia selalunya membabitkan individu yang mempunyai kekangan kewangan dan tidak mampu menyewa mana-mana rumah untuk meneruskan kehidupan.

Lain bagi seorang pemuda ini. Dia mengakui seronok tinggal di dalam kereta miliknya demi mahu berjimat cermat.

Menerusi perkongsian video di TikTok In Real Life Malaysia, individu itu berkata dia mampu berjmat sehingga RM700 sebulan.

Walaupun pada mulanya dia merasa malu tinggal di dalam kereta, bagaimanapun dia merasa lebih bebas.

Rutinnya selepas habis waktu bekerja, dia akan duduk di pejabat sambil bermain ‘game’. 

Kemudian pada dia akan keluar untuk makan malam dan pergi gimnasium sebelum balik semula ke kereta untuk tidur sekitar jam 10-11 malam.

Keesokan pagi pula dia akan bergerak ke pejabat untuk mandi dan membersihkan diri. 

Kata lelaki itu, keretanya akan di parkir berdekatan kawasan pejabat, maka ia tidak menjadi masalah buatnya.

Perkongsian itu ternyata buat ramai terkejut kerana tidak percaya situasi itu berlaku di Malaysia.

Dengan keadaan cuaca di Malaysia yang begitu panas, mereka juga tertanya bagaimana lelaki itu tidur di dalam kereta walaupun mempunyai kelengkapan seperti kipas.

“Adakah ini di Malaysia? Tak mungkin,” komen Adam sambil meninggalkan emoji hati hancur.

“Aku ingat aku sorang je. Keje jauh bro. So I had to sleep in my car, those extra money I gave to my parents. Since they both gone, I use it for maintenance or enhance the pusaka house. Gotta live man,” komen pula Dre.

Baca juga: Bekas makanan berbau? Jangan panik! Ikuti tips ni, tak perlu susah beli baru