Malaysia Dateline

Ingatkan scam, rupa-rupanya memang betul terbangkan pesawat ‘Microlight’ ke sekolah

Satu dalam sejuta. Aksi seorang lelaki tular di media sosial selepas memuat naik video menghantar anaknya ke sekolah dengan menaiki pesawat Microlight di Pedas, Negeri Sembilan.

Video yang dimuat naik melalui akaun TikTok @kuziking4 memaparkan dirinya sedang terbang di udara sambil ditemani kanak-kanak lelaki di sebelahnya.

Lelaki tersebut juga hanya mengenakan baju putih dan kain pelikat sambil mengenakan tali pinggang keselamatan dan topi keledar.

Membalas kepada pengguna TikTok, lelaki tersebut memaklumkan harga pesawat Microlight itu adalah RM40,000 dan mampu terbang sehingga 500 meter di udara.

Ruangan komen dipenuhi netizen yang tidak menyangka pesawat itu sebenarnya diterbangkan dan menganggap lelaki tersebut menggunakan green screen sahaja.

La Ilaha Illallah, terbang betul rupanya.

“Aku ingat nak scam, rupanya betul-betul terbang.

“Saya ingatkan guna aplikasi atau green screen tu, sekali terbang betul-betul,” demikian antara komen pengguna TikTok.

Tidak kurang juga ramai yang memuji lelaki berkenaan yang berani menerbangkan pesawat itu dengan membawa anaknya.

Malah, ada yang menyoal sama ada lelaki tersebut berkemungkinan bekas juruterbang selain keperluan memiliki lesen untuk mengendalikan pesawat ringan itu.

Baca juga Menjelang 19 Disember: Ini 9 perkara anda perlu tahu tentang Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim