Kalau berkunjung sahaja ke negeri di Pantai Timur mesti akan beli keropok dan sos Thai untuk cicah ia, barulah sedap nak makan.
Tapi bila beli sos yang dah siap ni mesti susah sikil nak kawal berapa banyak gula atau garam, bagi yang jaga pemakanan baiknya buat sendiri sahaja di rumah.
Ikuti perkongsian ‘Masakan Pelbagai Citarasa‘ tentang cara senang untuk buat sos Thai di rumah, jimat duit.
Cara buat sos Thai ‘homemade’
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang putih dikopek kulit.
- 2 cili merah. (kalau ingin lebih pedas tambah dua atau tiga cili padi merah).
- 1/2 cawan gula pasir.
- 3/4 cawan air.
- 1/4 cawan cuka.
- 1/2 sudu besar (tbsp) garam.
- 1 sudu besar tepung jagung dicairkan dengan 2 sudu besar air.
Cara-cara:
- Kisar semua bahan-bahan di atas kecuali tepung jagung.
- Masak kisaran tersebut dengan api yang sederhana.
- Bila mula mendidih masukan cairan tepung jagung dan kacau sehingga tepungnya masak dan kelikatan sos .
- Sos perlu sentiasa di kacau selama 1 minit.
- Biarkan sos sejuk dan masukkan dalam botol kedap udara dan simpan di peti sejuk.
Senang je! Jimat duit kalau satu keluarga suka makan sos Thai, boleh buat stok banyak-banyak dan simpan sahaja dalam peti sejuk.
Baca juga: Guna 2 bahan je nak buat telur masin, ini cara senang, ‘gerenti’ menjadi!