Ini 8 fakta tentang Barbie! Karakter patung paling berpengaruh di dunia, masih relevan selepas 6 dekad

Oleh KIM SYAZIE

Patung popular ikonik dunia, Barbie kian mendapat perhatian masyarakat dunia selepas filem kegemaran ramai wanita itu mula ditayangkan.

Fenomena Barbie juga mula tercipta memperlihatkan kanak-kanak perempuan, remaja mahupun wanita dewasa tampil mengenakan fesyen berona putih dan merah jambu yang merupakan warna rasmi Barbie.

Namun tahukah anda tentang sejarah patung ikonik ini? Rupa-rupanya sudah hampir 60 tahun ia wujud. Patung ini secara rasmi dilancarkan pada tahun 1959 oleh syarikat Mattel Inc.

1) Seorang usahawan wanita, Ruth Handler adalah orang yang bertanggungjawab mencipta karakter Barbie. Bagaimanapun, idea Barbie bukanlah miliknya.

Dia mendapat inspirasi daripada patung Bild Lili ketika sedang bercuti di Eropah bersama anak-anaknya. Pada mulanya dia mengutarakan ideanya untuk mencipta sebuah patung permainan seperti Bild Lili kepada suaminya yang ketika itu bekerja dengan syarikat Mattle namun ditolak.

Kemudian, Handler membeli 3 patung Bild Lili tersebut dan menunjukkan kepada suaminya. Suaminya tertarik dengan ideanya dan syarikat Mattel kemudiannya membeli hakcipta Bild Lili dan membangunkan jenama Barbie sehingga terkenal di seluruh dunia.

2) Nama Barbie itu sendiri sebenarnya sempena mengambil nama anak Ruth Handler, iaitu Barbara.

Sementara itu, karakter patung lelaki, Ken yang terdapat dalam koleksi permainan Barbie pula adalah sempena anak lelakinya, Kenneth. Karakter-karakter lain dalam koleksi permainan Barbie adalah sempena nama ahli keluarganya yang lain seperti Skipper, Tutti, Todd dan lain-lain lagi.

3) Warna rasmi Barbie adalah merah jambu dengan rambut perang. Sejak 2016, bagi menaikkan jualan yang semakin merudum mereka memperkenalkan pelbagai variasi tona warna kulit dan rambut pada patung Barbie.

Ini juga bagi mengubah tanggapan dan stereotaip masyarakat terhadap Barbie yang seolah-olah mengagumkan orang yang berkulit putih dan berambut perang.

4) Sepanjang lebih 50 tahun dalam pasaran, telah banyak kontroversi dan kes saman yang diterima pihak Barbie.

Pada awalnya, ramai ibu bapa yang memberikan kritikan terhadap bentuk tubuh Barbie yang seolah-olah sengaja menonjolkan bentuk dada.

5) Barbie telah melakukan banyak kolaborasi dengan pelbagai artis popular terutamanya artis daripada Hollywood. Antara artis yang pernah bekerjasama termasuklah Elizabeth Taylor dan Lindsay Lohan.

6) Pada awalnya, Barbie hanyalah sebuah karakter seorang remaja wanita. Kemudian, Mattel memperkenalkan Barbie dengan pelbagai karakter lain seperti sebagai seorang krew penerbangan, angkasawan, pelakon, pengacara, penyanyi, tukang masak, polis dan banyak lagi.

Sehingga kini dikatakan terdapat lebih 108 karakter Barbie yang telah dihasilkan.

7) Barbie bukanlah sebuah patung permainan semata-mata. Ianya juga telah dijadikan medium pemasaran design dan fashion terkini oleh syarikat-syarikat terkemuka.

8) Pada 2001, syarikat MGA Entertainment telah melancarkan Bratz, yang menjadi saingan sengit pada Barbie.

Menjelang 2004, angka jualan Bratz di UK sudah melebihi jualan Barbie.

Selain itu, pada 2005 pula, jualan Barbie di Amerika Syarikat juga menunjukkan penurunan sebanyak 30% akibat saingan daripada Barbie.

Sepanjang 2005 hingga 2011, banyak kes saman-menyaman telah terjadi antara kedua syarikat ini terutamanya yang berkaitan hak cipta.

Kredit artikel: Iluminasi

Baca juga: Malaysia ada patung ke-16 tertinggi di dunia, warganet terkejut, rupanya dekat Kelantan