Jarang kita melihat masyarakat hari ini mengamalkan semangat kekitaan dan saling membantu antara jiran tetangga.
Namun perkongsian mengenai semangat kerjasama dan kekitaan di sebuah rumah flat di Subang menarik perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian, Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Subang berjaya ditransformasi daripada flat biasa kepada suasana ala kondo mewah.
Penduduk mengambil langkah berani, mengeluarkan sedikit wang dan menampal jubin kilat berwarna hitam di lobi rumah.
Mereka juga menghiasi dinding putih dengan garisan berwarna kuning emas menampakkan lagi sisi elegan.
Hasil tersebut membuatkan ramai tidak percaya dan tertanya-tanya berapa banyak wang dihabiskan oleh penduduk untuk memasang jubin di luar rumah.
“Sumpah cantik gila! Rumah B40 mentaliti kelas A!
“Rumah PPR Subang 1 tapi macam hotel 5 bintang, tahniah semua penduduk yang terlibat,” kata laman Malaysia Networks yang memuat naik beberapa gambar PPR berkenaan.
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji muafakat dibina dalam kalangan jiran selain berharap perkara itu turut menjadi amalan semua rakyat Malaysia yang berjiran.
Ada yang memberitahu, penduduk di PPR berkenaan sedang mengadakan pertandingan tingkat mana yang paling cantik.
“Cantik gila. Kalau ada kerjasama ramai-ramai macam ni tanpa berkira memang best untuk jadikan yag terbaik. Semoga kalian sentiasa bermuafakat,” komen seorang pengguna Facebook.
“Jiran-jiran smua sepakat dan sekepala ni. Seronoknya,” puji individu lain pula.
Baca juga: Buat ayam goreng ala KFC, rangup dan jimat! Tak perlu guna telur masa perap