Malaysia Dateline

Ini baru definisi kaya sebenar, tujuh mangkuk cendol durian cecah RM279.30

“Ini baru definisi kaya sebenar”. Resit yang memaparkan caj bagi tujuh mangkuk cendol durian yang mencecah RM279.30, tular di laman sosial hingga mencetuskan perbincangan dalam kalangan pengguna media sosial.

Bagi peminat durian terutama jenis premium seperti Musang King dan Duri Hitam, kebiasaannya mereka tidak kisah menghabiskan wang untuk menikmati raja buah itu.

Bagaimanapun bagi rakyat marhaen, mereka perlu mengambil kira pelbagai kos untuk berhabis pada makanan premium ini.

Menerusi resit yang dikongsi orang awam, cendol itu sebenarnya menggunakan durian jenis duri hitam D200, ia sekaligus menjawab persoalan ramai mengapa harga pencuci mulut itu begitu mahal.

Jika dikira-kira, harga semangkuk cendol tidak sampai RM40 iaitu sekitar RM39.90.

“Cendol Melaka 7 mangkuk RM279.30,” tulis pengguna Facebook.

Perkongsian itu menuai pelbagai reaksi orang ramai yang berpendapat jika tuan resit tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan, dia tidak sepatutnya membeli cendol durian jenis premium itu.

Ada juga membandingkan harga semangkuk cendol durian dengan secawan air Starbuck, di mana tidak ada perbezaan antara dua minuman itu.

Mereka juga berseloroh mengatakan ini baru definisi orang kaya sebenar kerana selamba habiskan beratus ringgit untuk cendol.

“Ok je harga tu, Blackthorn lagi. Nak viral sebab apa pula. Bukan semangkuk RM279.30. Itu harga untuk 7 mangkuk,” komen pengguna Facebook.

“Tak terkejut pun. Blackthorn memang mahal. kalau kira, semangkuk tu dalam RM40. Cuba banding dengan air Starbuck. lebih kurang sama je pergi dia,” komen pula Mohd Zariff.

Baca juga: “Puas hati tengok!”- netizen puas tengok kereta gagal lepasi palang ketika cuba elak bayar tol