Ini cara mudah nak tanggalkan ‘wallpaper’ tanpa rosakkan cat, rupanya kena guna pelembut kain!

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya ramai memilih untuk menampal kertas hias atau ‘wallpaper’ di dinding bagi tujuan mencantikkan ia tanpa memakan kos yang tinggi.

Biasalah bila datang kreatif tu pastinya ada bahagian rumah yang diserikan dengan wallpaper yang boleh didapati di kedai eco pada harga murah.

Cuma ada satu sahaja masalah, bila nak cabut ia. Kadang-kadang dengan cat sekali melekat, maka nampak tak cantik.

Ikuti perkongsian penyampai radio Gegar, Shah menerusi TikTok tentang cara menanggalkan kertas hiasan dinding.

Bahan-bahan:

  • Botol penyembur
  • Cecair pelembut pakaian (Softlan)
  • Scrapper plastik
  • Air panas dan air paip

Cara-cara:

  1. Masukkan setengah cawan air panas ke dalam botol penyembur .
  2. Kemudian masukkan pula cecair pelembut kain, tak perlu terlalu banyak.
  3. Masukkan pula air paip biasa, jangan terlalu penuh botol.
  4. Tanggalkan lapisan pertama wallpaper.
  5. Lapisan kedua pula hanya sembur dengan air yang dibancuh tadi.
  6. Biar ia kembang dan gunakan scrapper plastik untuk mengikis kesemua kertas hiasan dinding itu.
  7. Hasilnya cat tak tertanggal dan dinding nampak cantik dan kemas.

Baca juga: Wanita dedah rahsia mentua! Periuk 22 tahun guna masih berkilat macam baru