Ini kalau buat ‘confirm’ berebut, lauk paling cepat habis di kenduri

Oleh MAISARAH AISYA

Kalau pergi makan di kenduri kahwin, lauk paling cepat habis mesti melibatkan ayam, tak kira orang tua atau anak kecil mesti ambil.

Tak kiralah ayam goreng ke, ayam masak merau atau yang paling menjadi kegemaran ramai, ayam masak rose.

Rupanya lauk ini boleh dibuat di rumah, tak perlu tunggu jemputan kahwin rakan atau jiran tetangga lagi.

Resipi ini dikongsi menerusi halaman Facebook ‘Empunya Resepi’.

Resipi ayam masak rose ala kenduri

May be an image of food

Bahan-bahan:

  • Ayam
  • 4 sekawan
  • Serai 2 batang (diketuk)
  • Daun pandan 2 helai (disimpul)
  • Cili kering (direbus dahulu)*
  • Carrot (sebatang )*
  • Tomato (sebiji)*
  • Bawang besar 3 biji*
  • Bawang putih 5-6 ulas*
  • Halia (hiris )*
  • Serbuk kas-kas
  • Serbuk badam (badam biji tu kisar halus)
  • Serbuk jintan manis
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk cili
  • Susu cair (stgh tin)
  • Susu pekat (1camca)
  • Tomato pure
  • Daun bawang
  • Daun sup
  • Garam kasar
  • Gula
  • Serbuk perasa (jika suka)

Cara memasak:

  1. Ayam basuh bersih, gaul kunyit garam. Selepas itu goreng separuh masak. Ketepikan.
  2. Bahan- bahan yang bertanda* dikisar halus.
  3. Tumis bahan bawang besar yang dihiris, 4 sekawan, serai dan daun pandan hingga sedikit layu.
  4. Masukkan bahan kisar yang pertama dulu (bawang besar, bawang putih dan halia). Tumis sekejap.
  5. Selepas tu masuk pula bahan kisar yang kedua (cili kering, carrot dan tomato). Tumis hingga pecah minyak.
  6. Bila dah pecah minyak, masukan bahan-bahan serbuk jintan manis, serbuk jintan putih, serbuk cili, serbuk kas-kas (satukan kesemuanya bahan ni untuk dijadikan pes)
  7. Masukkan susu cair stgh tin, 1 sudu susu pekat, tomato pure dan tambah air. Biarkan mendidih.
  8. Masukkan ayam, serbuk badam, garam, gula dan perasa.
  9. Masak sehingga pecah minyak dan kepekatan kuah yang kita nak. Dah boleh tutup api.
  10. Tabur daun bawang dan daun sup. Siap…

Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia memikat selera anak, ini resepi Apam Coklat Kukus – “Sah tak cukup satu!”