Siapa sangka di sebalik tawa untuk menghibur orang ramai, pelakon dan pelawak, Ebby Yus sebenarnya menghidap pelbagai penyakit kronik.
Malah, keadaan jantung yang semakin lemah memaksa pelawak berusia 58 tahun itu untuk menjalani pembedahan bagi memasukkan perentak jantung tidak lama lagi.
Demi menanggung kos peralatan pembedahan yang mencecah RM38,000 itu, pelakon tersebut terpaksa bekerja keras dalam industri hiburan di samping mencari bantuan.
Ebby Yus bagaimanapun bersyukur masih lagi diberikan kesempatan untuk berkarya dalam industri seni yang dicintainya meskipun mengalami pelbagai penyakit kronik.
Perkara tersebut didedahkan oleh Ebby Yus menerusi satu sesi temu bual yang dimuat naik menerusi laman Youtube milik portal hiburan, Mstar Online Malaysia.
“Bulan depan saya akan buat pemeriksaan jantung sebelum menjalani pembedahan masuk bateri sebab jantung lemah. Walaupun kesihatan tidak berapa baik namun aktiviti harian berjalan seperti biasa.
“Saya masih mampu meneruskan karier sebagai seorang pelakon. Tawaran kerja, syukur Alhamdulillah memang banyak cuma saya menghadkan bergantung pada keadaan.
“Kalau outdoor itu, saya ada masalah silau yang tak lama lagi akan lakukan pembedahan juga. Jadi kalau panas terik, saya tak boleh,” kata pelakon kelahiran Negeri Sembilan itu.
Pemilik nama sebenar Muhammad Yunus Abdul Rashid itu tidak akan berputus asa menjalani aktiviti seharian sebagai seorang artis selagi masih diberikan kekuatan.
Difahamkan, pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom televisyen Simpang Tiga itu ada turut membuat permohonan dengan pihak hospital untuk mendapatkan bantuan.
Sementara itu, Ebby Yus mengakui masih ramai rakan artis yang turut prihatin akan masalah kesihatan yang dihadapinya dengan bertanyakan khabar dan membantu.
Ebby Yus bagaimanapun memahami bahawa rakan-rakan artis tersebut mempunyai tanggungjawab sendiri yang perlu diutamakan.
Baca juga: Afifah Nasir mahu jejaka tampan, pandai bahasa Inggeris dan tinggi ilmu agama jadi calon suami
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio