Penyanyi Nurshahila Amir Amzah atau mesra dipanggil Shila tampil menjawab soalan dari pengikutnya yang tertanya mengapa bekas suaminya tidak pernah menjenguk anak mereka, Seth Uwais.
Ia berikutan Seth dilihat banyak menghabiskan masa dengan Shila dan Ubai berbanding bapa kandung Seth.
Menjawab soalan itu, penyanyi berusia 33 tahun itu berkata dia kini lebih mengutamakan kegembiraan anaknya dan tidak mahu perkara itu mengganggu kehidupan kanak-kanak berkenaan.
“Tak apalah yang penting sekarang Seth gembira, doakan yang baik-baik,” katanya di Instagram bagi menjawab pertanyaan daripada peminatnya tentang bapa kandung Seth.
“Maaf bertanya, bapa kandung Seth memang tak jenguk anak dia ke?,” soal netizen.
Dalam muat naik sama, Shila turut berkongsi perasaan teruja dan sebak melihat anaknya itu memulakan hari pertama persekolahan.
Kata Shila, dia dapat melihat perubahan pada anaknya yang dahulu kurang bercakap namun kini menjadi peramah dan mudah mendengar arahan.
“Hari pertama Seth bersekolah. Perasaan normal mak-mak, sedih tapi Sha (Shila)gembira sangat dengan milestone dia.
“Dia teruja sampai berlari masuk sekolah tadi. Mama dan papa yang sedih, tapi inilah prosesnya.
“Dari tak bercakap langsung, dari tak pandai dengar arahan, tak faham, sekarangAlhamdulillah dia berjaya kejar” katanya.
Untuk rekod, Shila dan Ubai melangsungkan perkahwinan pada 4 Ogos lalu.
la merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama HarisEdraki Elias pada April 2018 berakhir dengan penceraian pada Februari 2022.
Mereka dikurniakan seorang anak lelaki Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Baca juga: Cucur udang rangup di luar lembut di dalam! Senang rupanya nak buat