Ini respon Starbucks Malaysia lepas 100 cawangannya didakwa ditutup kerana boikot

Oleh KIM SYAZIE

Starbucks Malaysia menafikan dakwaan bahawa ia telah menutup lebih 100 kedai rangkaian kopi antarabangsa itu di negara ini.

Wakil Starbucks Malaysia berkata, mereka menghentikan operasi hanya di beberapa kedai sahaja, dengan kebanyakannya ditutup untuk sementara waktu.

“Dakwaan bahawa lebih 100 kedai Starbucks di Malaysia telah ditutup adalah palsu,” kata beliau menurut News Straits Times.

Beliau berkata penutupan sementara adalah sebahagian daripada penilaian berterusan, membolehkan mereka menyelaraskan kehadiran mereka secara lebih strategik, tanpa kehilangan pekerjaan

“Yang penting, tiada pekerja terjejas akibat penutupan tetap atau sementara, kerana mereka telah ditugaskan semula ke kedai berhampiran untuk terus melayani pelanggan kami,” kata wakil itu seperti dilapor.

Terdahulu, sebuah portal tempatan mendakwa lebih 100 cawangan Starbucks di Malaysia terpaksa menutup operasi sama ada secara kekal atau sementara.

Penutupan itu berlaku enam bulan selepas nasib serupa menimpa KFC, yang menunjukkan gerakan boikot antarabangsa mula menampakkan kesan.

Sumber portal itu memberitahu, cawangan Starbucks di seluruh negara termasuk di pusat beli-belah utama dan kawasan tarikan pelancong, telah ditutup atau ditutup sementara.

Srmakan di laman web Starbucks menunjukkan sekurang-kurangnya 60 cawangan ditandakan ditutup atau ditutup sementara.

Baca juga: Santan pecah boleh elok semula? Ikuti tip ini, hanya perlu masukkan satu jenis daun sahaja!