Pencuci pinggan jenis cecair ini boleh dikatakan memang larap penggunaannya. Silap hari bulan, sebotol pencuci pinggan boleh bertahan seminggu sahaja!
Alahai lemahnya jika begini. Dengan kos serba serbi mahal, mana mungkin setiap minggu perlu keluarkan belanja untuk pencuci pinggan sahaja.
Untuk anda yang gemar menggunakan pencuci pinggan jenis cecair, ada panduan yang tepat untuk diamalkan supaya selepas ini tidaklah sabun anda ‘larap’ seperti air!
Kami kongsikan petua dari seorang pengguna Facebook, Rufina.
Orang dok viral. Maka akak pun cuba lah buat. Beli sebotol Sunlight. Ada dua botol kosong untuk dua tempat cuci pinggan.
1 Tuang 1/4 Sunlight dalam botol kosong.
2 Bancuh 3 sudu besar garam halus dengan air panas. Kacau sehingga larut.
3 Selepas larut air garam tadi tambah air biasa dan tuang air garam tu dalam botol tadi hingga 3/4 botol.
4 Kocak kocak.. Siap!
Serius syok basuh pinggan. Letak sikit aje. Buihnya banyak. Pinggan pun bersinar. Jimat kome. Selalu 1 botol sunlight original tu seminggu aje. Cuba lah.
Semoga bermanfaat!
Baca juga: “Aku kalah dengan godaan adik ipar, tapi susah aku nak lepaskan isteri aku…”