World Population Review mendedahkan Jepun menduduki tempat pertama dengan tingkat kecerdasan paling baik di dunia.
Ia dilaporkan berdasarkan kajian bertajuk The Intelligence of Nations 2022 yang membabitkan satu ujian penilaian IQ dilakukan terhadap 103 buah negara.
Dua ahli psikologi iaitu Richard Lynn dan David Becker melakukan penilaian tahap IQ dengan kesemua negara terlibat untuk mengukur tahap kecerdasan penduduk di sesebuah negara.
Menerusi kajian yang dilakukan, Taiwan menduduki tempat kedua selepas Jepun, dan diikuti Singapura di tempat ketiga
World Population Review melaporkan berikut adalah negara-negara dengan tingkat kecerdasan tertinggi di dunia. Malaysia pula ditangga ke berapa?
1. Jepun
2. Taiwan
3. Singapura
4. Hong Kong (China)
5. China
6. Korea Selatan
7. Belarus
8. Finland
9. Liechtenstein
10. Belanda & Jerman (Seri)
Dalam kajian itu, Malaysia berada di kedudukan 74 daripada 132 buah negara.
IQ menggambarkan kemampuan seseorang dalam berfikir, mengingat, memahami, menilai, mengolah, menguasai persekitaran, dan bertindak secara terburu-buru.
Biasanya IQ mempunyai kaitan dengan intelektual, logik, kemampuan menganalisis, mampu menyelesaikan masalah matematik dan mempunyai strategi dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Pada dasarnya, skor IQ bukan perkara mutlak untuk mengukur kecerdasan seseorang dan atas sebab itu juga penyelidik menggunakan pelbagai kaedah untuk menentukan kedudukan itu.
Penyelidik tidak hanya mengehadkan pengukuran tahap kecerdasan pada skor IQ sahaja.
Menerusi kajian itu, penyelidik turut membahagikan beberapa negara dalam kategori berasingan berdasarkan purata skor IQ mereka.
Skor IQ itu kemudiannya ditambah dengan pengukur tambahan seperti penilaian matematik, membaca dan sains.
Bagi mencari negara paling pintar di dunia, penyelidik turut membuat perbandingan menerusi ujian akademik yang digunakan.