Gambar tiket perlawanan Kelab Bola Sepak Penang (PFC) tular di media sosial selepas penyokong mendakwa tiket yang dijual Penang FC tidak ubah seperti tiket parkir.
Mereka juga menganggap standard tiket tidak menggambarkan seperti kelab bola sepak profesional.
Ada juga yang berkongsi tiket perlawanan Kuala Lumpur City Football Club yang harganya ditulis menggunakan tangan.
Mereka antara lain merasakan bahawa tiket perlawanan bola sepatutnya dicetak lebih baik supaya tidak terlihat seperti tiket lama di era 90an.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata berpendapat tiket bola sepak tidak jauh beza dengan tiket parkir, kupon kanton, dan tiket untuk naik bas.
“Teringat zaman naik bas 2000-an tiket koyak koyak dengan konduktor bas,” kata @ZubirMarsan.
“Dah macam RMT punya baucar, separuh masa pertama nanti tuntut dekat kaunter makanan,” seloroh @kdatrey_
“Baucar hari kantin sekolah ke ni,” soal pula @fmnIss
Pada masa sama, ada juga pengguna yang mengesyorkan agar mana-mana pasukan menjual tiket perlawan dalam bentuk e-tiket.
“Pakai sajalah e-tiket kalau begini rupanya. Duit pun jimat dan nampak canggih,” kata Zahid.
Bagaimanapun, tidak dinafikan sebahagian daripada penyokong bola sepak memahami tindakan kelab Penang FC itu.
Mereka berpendapat, penggunaan tiket seperti itu sebagai langkah untuk mengurangkan kos yang mana pastinya banyak lagi perkara penting boleh dilakukan dengan bajet pihak pengurusan seperti penambahbaikan fasiliti stadium.
Baca juga: Dikecam kerana babak merendahkan wanita, warganet anggap lakonan Maszlee Malik berjaya