Selepas kemangkatan Ratu Britain iaitu Ratu Elizabeth II pada tahun lalu, pemerintah Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah menjadi raja yang paling lama berkhidmat di dunia.
Mana tidaknya, sejak mewarisi takhta kerajaan Brunei Darussalam pada Ogos 1967, Sultan Hassanal Bolkiah telah memerintah negara berkenaan selama 56 tahun.
Oleh kerana Yang Di-Pertuan Negara Brunei itu kini telah mencecah usia 77 tahun, pasti ramai tertanya-tanya siapakah yang akan mewarisi takhta baginda.
Berikut kami kongsikan urutan pewaris takhta kerajaan Sultan Brunei Darussalam, Sultan Hassanal Bolkiah pada masa akan datang.
Sultan Hassanal Bolkiah memegang jawatan Perdana Menteri Brunei sejak negara itu mencapai kemerdekaan daripada United Kingdom pada tahun 1984 lalu.
Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah adalah anakanda lelaki pertama Sultan Brunei bersama isteri pertama baginda. Beliau berada di kedudukan pertama pewaris kerajaan Brunei.
Berada di kedudukan kedua sebagai pewaris takhta, Pengiran Muda Abdul Muntaqim adalah cucunda pertama Sultan Brunei dan anakanda sulung kepada Putera Mahkota Brunei.
Merupakan anak lelaki kedua Putera Mahkota, Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, sosok Pengiran Muda Muhammad Aiman ini adalah pewaris ketiga dalam takhta kerajaan.
Berada di kedudukan keempat sebagai pewaris takhta kerajaan, Pengiran Muda Abdul Malik adalah anakanda lelaki kedua kepada Sultan Brunei dengan isteri pertama baginda.
Merupakan sosok yang paling terkenal daripada kerajaan Brunei, Pengiran Muda Abdul Mateen adalah anakanda lelaki kedua Sultan bersama bekas isteri kedua baginda.
Berada di kedudukan keenam sebagai pewaris, Pengiran Muda Abdul Wakeel adalah anakanda pertama Sultan bersama bekas isteri baginda yang ketiga.
Ibu kepada Pengiran Muda Abdul Wakeel adalah sosok terkenal di Malaysia iaitu bekas personaliti TV3, Azrinaz Mazhar Hakim.
Baca juga: Banyak sangat kawan nak pinjam duit, Raffi Ahmad rungsing, maklum pendapatan sendiri terhad