Inilah bangunan pencakar langit tertinggi di Malaysia, no 5 bukan dekat KL

Oleh MAISARAH AISYA

Pada tahun lepas, Malaysia telah merekodkan lebih 1,000 bangunan pencakar langit hingga dinobatkan negara nombor satu di Asia.

Mengikut standard piawaian, bangunan pencakar langit ditakrifkan sebagai bangunan melebihi 150 meter.

Melalui kajian yang dilakukan oleh sebuah pihak swasta menunjukkan pada tahun 2019 sahaja terdapat lebih 900 bangunan pencakar langit.

Ini adalah 5 bangunan pencakar langit yang tertinggi di Malaysia.

1. Menara Merdeka 118 Kuala Lumpur

Merdeka 118 Tower to Open in KL in Mid-2023 | The Beat Asia

Menara Merdeka 118 merupakan bangunan pencakar langit yang mempunyai ketinggian berjumlah 118 tingkat. Ianya terletak di bekas tapak Taman Merdeka.

Projek yang bernilai RM5 billion ini diinspirasikan daripada detik terpenting dalam sejarah Malaysia apabila Tunku Abdul Rahman mengangkat tangan dan melaungkan “Merdeka” pada tahun 1957 sempena Hari Kemerdekaan Negara.

2. Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur

Sejarah Pembinaan Menara Berkembar Petronas

Menara berkembar ini pernah menjadi bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh Burj Khalifa dan Taipei 101.

Menara Berkembar Petronas memegang gelaran bangunan tertinggi dari tahun 1998 hingga 2004.

Namun ia tetap menara berkembar tertinggi di dunia dan juga menjadi bangunan tertinggi pada abad ke-20.

Kini, Menara Berkembar Petronas merupakan bangunan ke-11 tertinggi di dunia.

3. Menara Telekom, Kuala Lumpur

MSC Office 4 Rent Menara TM @ Menara Telekom | CEO Tower Office

Menara Telekom ialah sebuah bangunan ibu pejabat Telekom Malaysia Berhad di Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Menara ini yang mempunyai 77 tingkat merupakan bangunan ketiga tertinggi di Malaysia selepas Menara Merdeka 118 dan Menara Berkembar Petronas.

Tingginya 310 meter atau 1,017 kaki. Pencakar langit ini direka oleh Hijjas Kasturi Associates yang dipelopori oleh arkitek terkenal Hijjas Kasturi.

Ia menyerupai sebatang buluh yang bercambah dan dibina oleh PECD Berhad pada tahun 1998. Menara ini siap dibina pada di tahun 2001.[2]

4. Four Seasons Place Kuala Lumpur

Four Seasons Place Kuala Lumpur, juga dikenali sebagai Four Seasons KLCC dan Menara FSP KLCC, ialah sebuah bangunan pencakar langit setinggi 74 tingkat, 342.5 meter (1,124 kaki) di Pusat Bandar Kuala Lumpur, Malaysia.

Ia mempunyai mahkota setinggi 21 m (69 kaki) yang diperbuat daripada keluli di bahagian atas menara, menjadikan menara itu mencapai ketinggian 342.5 m (1,124 kaki).

5. Astaka Padu Apartment Johor Bahru

Astaka Padu ialah kompleks kediaman menara berkembar di Johor Bahru, Malaysia. Menara A, dengan ketinggian 278.9 m (915 kaki).

Ia adalah bangunan pencakar langit tertinggi di Johor Bahru apabila siap pada 2017. Ia juga merupakan bangunan pencakar langit kediaman tertinggi di Asia Tenggara.

Menara B ialah bangunan pencakar langit kedua tertinggi di Johor Bahru, pada 255.6 m (839 kaki). Menara A ialah bangunan tertinggi di Malaysia di luar Kuala Lumpur.

Pembangunan ini terletak di Zon A Iskandar Malaysia. Ia menempatkan 438 pangsapuri, termasuk dupleks penthouse.

Dupleks penthouse di kedua-dua menara itu dimiliki secara eksklusif oleh Sultan Johor.

Baca juga: Ustaz Azhar perjelas koleksi tudung isteri dikira harta pusaka dan tak boleh disedekah jika meninggal, perlu difaraid