Malaysia Dateline

Inilah padang pasir paling kering, jadi lokasi pembuangan baju tidak terjual dari seluruh dunia

Setiap tahun, ‘gunung-gunung’ baru akan terbentuk di Gurun Atacama di Chile. Bukan membentuk gunungan pasir, tetapi gunung hasil dari lambakan baju dan pakaian tidak terjual yang datangnya dari Asia, Eropah dan Amerika.

Gurun Atacama. Inilah lokasi pembuangan baju yang tidak laku dari seluruh dunia.

Gurun ini juga dikenali sebagai padang pasir paling kering di dunia. Di sinilah puluhan ribu pakaian yang tidak diingini dan tidak terjual dari seluruh dunia dibuang setiap tahun.

Kredit gambar: Jasson King Fans Official
Kredit gambar: Jasson King Fans Official

Menurut laporan, pakaian yang menggunung di Gurun Atacama itu terdiri dari pakaian yang dibuat di China dan Bangladesh yang kemudiannya dijual di di Amerika Syarikat, Eropah, dan Asia.

Ketika akhirnya tidak terjual, pakaian-pakaian itu dibawa ke zon perdagangan bebas, Chile, untuk dijual dijual semula di sekitar Amerika Latin

Chile telah lama menjadi hab pakaian terpakai dan tidak terjual. Kira-kira 59,000 tan pakaian akan tiba setiap tahun di pelabuhan Iquique di zon bebas Alto Hospicio di utara Chile.

Namun hanya sekitar 20,000 ton saja yang terjual, menyebabkan lebihan 39,000 ton pakaian berakhir di Gurun Atacama kerana tiada pihak yang bertanggungjawab ke atas pakaian-pakaian itu, lapor portal sebearang, Dewimagazine.

Kredit gambar: Jasson King Fans Official

Baca juga: Nak burger padu macam tepi jalan, peniaga ini kongsi tips, yang penting renjis sikit bawang putih baru sedap!

Baca juga: Baju sekolah nipis, jarang, bapa sedih dengan kualiti baju sumbangan untuk pelajar