Malaysia Dateline

Inilah sebab kami undi Harapan dahulu, kata penyokong selepas Rosmah diputuskan bersalah

Sebaik sahaja keputusan diumumkan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor bersalah di atas ketiga-tiga pertuduhannya, media sosial penuh dengan komen pujian dan terima kasih kepada kerajaan Pakatan Harapan yang memastikan pendakwaan ke atas perompak wang negara diseret ke mahkamah.

Ketika Datuk Seri Najib Razak dijatuhkan hukuman, komen-komen sebegini tidak ketara namun apabila keputusan ke atas Rosmah diumumkan, ia diluahkan secara terbuka oleh para netizen terutama di laman-lama penyokong parti dalam Pakatan Harapan.

This why we vote for PH….our victory… Zahid next (Inilah sebabnya kita undi PH…kemenangan kita… Selepas ini Zahid),” tulis Sidik Sigaraga di akaun facebook Damokratic Action Party (DAP).

Fazah Yakin pula menulis, “Yay. Beginning to see results from PH victory in 2018.” Beliau mengimbau kembali permulaan kepada kemenangan Pakatan Harapan (Harapan) mulai pilihan raya umum 2018 lalu namun dimusnahkan oleh pengkhianatan melalui Langkah Sheraton yang disifatkan sebagai Langkah Shaiton oleh penyokong Harapan.

Raja Varman pula menulis, “PH selamatkan rakyat,” selepas Rosmah didapati bersalah berikutan kempen menyedarkan rakyat tentang kebejatan kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang dijatuhkan Harapan pada PRU-14 lalu.

Aziz Shukor pula menulis, “For those Malaysians who think going out to vote is a waste of time, think again. Our democracy and rule of law is working. Do not doubt it. Go out and vote in GE15 to make Malaysia a better and fairer country for your family and the future generations.”

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini mendapati Rosmah bersalah atas ketiga-tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan munasabah terhadap Rosmah.

Rosmah, 70, dituduh meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, yang ketika itu pengarah urusan Jepak Holdings Sdn Bhd melalui bekas pembantunya Datuk Rizal Mansor sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings memperoleh projek bernilai RM1.25 bilion itu.

Pada 18 Feb tahun lepas, isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak itu diperintah membela diri terhadap ketiga-tiga pertuduhan tersebut selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap beliau.

Setelah memanggil dua saksi iaitu tertuduh sendiri dan bekas Pengarah Bahagian First Lady of Malaysia (FLOM) Datuk Seri Siti Azizah Sheikh Abod, pihak pembelaan menutup kes pada 23 Feb lepas.