Inilah senario politik Malaysia hari ini

Inilah senario politik Malaysia hari ini

Kalau bertanya orang Cina dan India, bagaimana keadaan politik Malaysia sekarang, 90 peratus mengatakan berpuas hati. Apa yang diperjuangkan selama ini membuahkan hasil. Walaupun buahnya belum ranum, kemungkinan tidak akan dimakan ulat sebelum masak sangat menyakinkan. Katalah apa sahaja keburukan tentang Pakatan Harapan (PH) mereka tetap mengatakan, PH terbaik.

Tanya orang Melayu, jawapannya; Manifesto 100 hari sekadar kelentong. Mansuh GST ganti SST- tak jauh beda macam itek dengan serati. Bahasa Melayu dianaktirikan, tidak mesra budaya, harga barang tak juga turun. Itu jawaban penyokong Umno .

Pakatan Harapan (PH) cuba membawa Malaysia ke arah libralisme dalam agama, Islam tergugat, LGBT diberikan muka. Itu jawaban daripada penyokong Pas.

Jawapan dari pengundi PH pula; kita sudah menafikan khurafat, Umno/BN tak mungkin ditumbangkan, sekarang kita sudah tumbangkan. Koruptor dan penyangat kuasa seperti cacing kepanasan. Mereka akan diheret kepengadilan. Hutang negara yang ditinggalkan mencerceh RM1 trilion. Matlamat menjatuhkan Umno/BN sudah berjaya.

Kenapa Umno kehilangan kuasa? Umno tidak dapat mempertahankan kekusaannya tanpa bantuan kaum lain seperti Cina, India, bumiputra Sabah dan Sarawak. Bergabung bersama BN formula terbaik. Pecah bererti kalah. Bijak pemimpin politik di zaman Tengku Abdul Rahman membentuk kesepakatan. Sebuah kontrak sosial yang mantap bahkan tak terfikirkan.

Itu gagasan 60 tahun dahulu. Belum tentu berkekalan. Generasi sekarang cara berfikir berbeda. Ramai sudah yang dapat menerima hakikat; Malaysia negara berbilang kaum. Orang Cina, India sama-sama lahir di bumi ini. Tanah ini ibunda mereka. Mereka punya hak asal tidak bertentangan dengan perlembagaan negara. Bahkan ada yang berpendapat; Melayu adalah pemegang tali (kekuasaan politik), orang Cina timbanya (ekonomi). Tali tanpa timba tak berguna, Timba tanpa tali juga tak berguna. Saling perlu memerlukan.

Jauh ke hadapan. Menyelami realiti. Hakikatnya bukan setakat ekonomi, bahkan politik. Tahun 1998 Tun Dr Mahathir memecat TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umno berpecah. Lahir PKR. Sokongan orang Melayu kepada Umno jatuh merudum. Akibat perpecahan itu, PRU 1999, Umno/BN dikhuatiri akan berhadapan dengan kekalahan teruk. Namun tak berlaku. Siapa yang menyelamatkan Umno/BN? Undi solid orang Cina. Mereka kekal bersama MCA, GERAKAN dan MIC. Bermakna kuasa tawar menawar politik ada di tangan mereka.

PRU12 dan PRU13, Barisan Nasional (BN) mula kehilangan 2/3 apabila orang Cina tidak lagi memberi kepercayaan total kepada BN. PRU 2018 Umno/BN tersungkur. Orang Cina mengundi DAP dan PKR dalam gabungan PH. MCA, Gerakan, MIC menjadi parti sejarah.

Sekiranya Umno dan PAS bergabung atau membentuk kesepakatan untuk menghadapi kemaraan PH pun tak cukup ernegi, kerana BN sudah tinggal nyawa-nyawa ikan. Berbaki tiga parti, tetapi semua sudah sakit. Ubat menyembuhkan penyakit hanya satu cara; MCA dan GERAKAN memujuk orang Cina kembali bersama seperti dahulu. Suatu kerja sukar zaman now!

Berbaik atau bergabung dengan Pas bukan mudah bagi kedua-dua parti Melayu itu. Pilihan raya kecil mungkin boleh, PRU berkucar lana. Perebutan kerusi tak dapat dielakkan. Masing-masing akan bertegang leher mahu mempertahankan kerusi tradisional masing-masing. Mereka sudah terbiasa, 60 tahun berhadapan antara satu sama lain. Kehendak pengundi harus didahulukan. Pemimpin sukar membuat keputusan. Beratakan.

Umno juga menghadapi masalah. Strategi atau pendekatan bagaimana mahu digunapakai menghadapi kemaraan PH? Cyebertooper tak cukup. Lambat laung tembelang akan pecah. Cara berhemah KJ atau cara ultra Melayu Lokman Nor Adam? Perpecahan dalaman kian parah. Yang menunggu untuk melompat si katak lompat ke PPBM juga ramai. Setahu saya, PPBM dan AMANAH ligat membuka cawangan baru, mengedar borang keahlian di seluruh Malaysia. Bearapa banyak cawangan baru Umno dibuka selepas PRU14?

COMMENTS

Wordpress (0)