Pastinya ramai yang menggunakan Waze atau Google Maps untuk ke destinasi baru yang ingin dituju apatah lagi jika kita tidak biasa dengan tempat tersebut.
Pernahkah anda tertanya, siapakah wanita dibalik suara yang sering kita dengar arahannya.
Menurut DRG News, pemilik suara GPS tersebut adalah seorang artis voiceover wanita dari Queensland, Australia iaitu Karen Jacobsen.
Perjalanan Jacobsen bermula apabila dia berpindah ke New York untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi.
Tidak lama selepas itu, dia menyertai uji bakat suara yang mencari wanita yang merupakan penutur asli bahasa Inggeris Australia.
Selepas terpilih dalam uji bakat itu, bermula lah kerjayanya sebagai voiceover artist untuk GPS.
Difahamkan, penutur suara bahasa Inggeris Australia dipilih kerana lenggok Australia dianggap sebagai yang paling senang untuk didengari.
Namun, Jacobsen mengaku bukan mudah untuk menjadi voiceover artist untuk GPS kerana skrip yang perlu dibaca dan dirakam di dalam studio sangatlah tebal.
Buat pengetahuan ramai, dia telah merakam 168 versi lenggok hanya untuk perkataan ‘approximately’.
Jacobsen juga pernah meminjamkan suaranya untuk Siri (pembantu virtual untuk peranti Apple) dalam aksen Australia.
Baca juga: Hati-hati nak gelar orang ‘penyondol’, Ustaz Kazim perjelas kahwini suami orang dibenarkan syarak
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio