Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Inisiatif Jabatan Penerangan beri impak positif kepada masyarakat di Sarawak

Inisiatif Jabatan Penerangan beri impak positif kepada masyarakat di Sarawak

Oleh MAHDAR BUJANGFebruary 14, 2020 4:05 pm




Keadah penyampaian maklumat yang lebih berkesan melalui ‘Info On Wheels’ (IOW) memberikan impak yang positif terutamanya bagi menyebarkan maklumat yang sahih dan tepat kepada masyarakat di Sarawak.

Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew berkata, program sedemikian merupakan inisiatif terbaik bagi agensi kerajaan seperti Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) turun padang untuk bertemu dengan rakyat dalam menjelaskan isu yang sedang berlaku di negara ini sekali gus membendung penyebaran berita tidak sahih berkenaan isu berkenaan.

Tambahnya, kaedah yang disifatkan sebagai proaktif itu amat penting khususnya bagi masyarakat di luar bandar kerana ia memudahkan mereka untuk memahami maklumat lebih tepat tentang apa-apa informasi dan dasar kerajaan.

“Sebanyak lebih kurang tiga ribu keping risalah bermaklumat telah dicetak dalam lima bahasa dan ia adalah inisiatif berterusan dalam menyebarkan maklumat serta dasar kerajaan terkini berkaitan COVID-19 dan e-Tunai diedarkan kepada masyarakat setempat di sekitar Bandar Sibu.

“Justeru IOW melibatkan hebahan maklumat melalui unit bergerak JaPen di seluruh negeri,” ujarnya pada sesi temuramah Program IOW anjuran Jabatan Penerangan Malaysia, Sarawak di Sibu hari ini.

Jelas Oscar, setakat ini sebanyak 34 daerah termasuk Sibu telah melaksanakan Program IOW bermula 28 Januari lepas dengan lebih memberi tumpuan kepada penyebaran maklumat berkaitan
penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Katanya, sehingga kini lebih kurang 13 ribu keping risalah telah diedar di semua bahagian dan daerah di negeri ini.

“Selain IOW, hebahan turut giat disebarkan melalui melalui laman Facebook, Twitter dan Instagram Jabatan Penerangan Malaysia.

“Rata-rata orang awam yang ditemui memuji dan menyifatkan hebahan IOW merupakan tindakan pantas dan proaktif kerajaan dalam memberi penjelasan secara berkesan mengenai sesuatu isu,” tambah beliau lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, semalam Pertubuhan Keselamatan Sedunia (WHO) telah memutuskan nama rasmi Novel Koronavirus (2019-nCoV) kepada COVID-19.

Nama tersebut diberi berlandaskan garis panduan yang ditetapkan oleh Organisasi Kesihatan Haiwan Sedunia (OIE) dan Organisasi Makanan dan Pertanian (FAO) serta tidak merujuk kepada lokasi geografi tertentu, haiwan, individu mahupun mana-mana kumpulan budaya di dunia.

Turut hadir ialah Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Irene Chang Oi Ling, Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Swady Guliling, Timbalan Pengarah Penerangan Negeri Sarawak, Aziz Abdul Rahman serta Pegawai Penerangan Daerah Sibu, Rosman Zaini.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Tindakan kerajaan mahu bunuh kontraktor bumiputera

Hebat Muhyiddin hanya 13 kerusi PN mampu takluk Johor

COVID-19: Kes baharu terus melonjak terkini 4,008 kes

Pakej Permai: Kerajaan patut jadikan kos ujian saringan Covid-19 mampu milik

PN gagal lonjakkan ekonomi negara

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production