Inisiatif rawatan percuma berkala diperlukan di luar bandar, kata DAP

Inisiatif rawatan percuma berkala diperlukan di luar bandar, kata DAP

Seramai 130 orang dengan kebanyakannya daripada kalangan warga emas dari kawasan Paloh telah hadir ke Kafe HARAPAN Paloh untuk melakukan pemeriksaan kesihatan sempena Program Pemeriksaan Kesihatan Impian Malaysia semalam.

Menurut Penolong Setiausaha Publisiti DAP Johor, Sheikh Omar Ali program yang diadakan itu memberi peluang kepada warga Paloh untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Malah, program yang dijayakan oleh para doktor, ahli farmasi dan sukarelawan tersebut turut memberi khidmat nasihat kesihatan serta bekalan ubat kepada rakyat.

Sheikh Omar Ali

Dr. Simon Yap, antara doktor perubatan sukarela yang terlibat semalam, menyifatkan program tersebut bukan sekadar memberikan perkhidmatan kesihatan secara percuma dan membentuk kesedaran umum tentang penjagaan kesihatan.

Malah, turut memaparkan wajah sebenar Malaysia dalam kalangan mereka yang hadir selari dengan semangat inisiatif Impian Malaysia.

“Dengan menyaksikan sambutan luar biasa daripada warga Paloh khususnya golongan warga emas terhadap program yang julung kali diadakan tersebut, saya ingin menekankan bahawa soal kesihatan perlu diberikan keutamaan di kawasan luar bandar seperti Paloh.

“Dalam pada itu, saya juga mengambil maklum akan perkhidmatan kesihatan yang disediakan secara percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Namun begitu, berdasarkan keluhan oleh mereka yang hadir semalam, saya menyarankan agar pihak Kerajaan untuk mengutamakan soal kesihatan komuniti terutamanya warga emas.

“Saya juga ingin menekankan tentang soal kesihatan yang menjadi antara teras utama digariskan dalam Manifesto Pakatan Harapan Johor melalui inisiatif Kad Sihat Johor bernilai RM500 setahun kepada keluarga yang layak sebagai membantu dan memudahkan sebarang rawatan asas pesakit luar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.