Malaysia Dateline

Inovasi Pas kutip derma: Dari tin milo ke robot bernama Amin

Pas bergerak ke depan setapak lagi dalam teknologi memungut derma. Dari menggunakan tin milo kepada menggunakan robot.

Robot itu di namakan ‘Amin’ oleh Pemuda Pas.

Amin ditugaskan oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia menghubungi pemilik akaun Facebook melalui aplikasi Mesengger bagi memungut derma.

“Izinkan saya perkenalkan diri dulu ya.

“Saya adalah robot yang istimewa tau dan nama saya ialah Amin.

“Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) untuk bersembang dengan *** (nama penerima).

“Saya akan bantu niat murni *** untuk bantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19 ni.

“Benda yang elok tak baik dilengahkan. Jom kita segerakan ye. InsyaAllah sekejap sahaja proses ni,” tulis robot itu kepada golongan sasarannya dengan menggunakan Mesengger.

Robot digunakan oleh Pas untuk memungut derma bagi mengisi ‘Tabung Prihatin Covid’.

“Misi Amin adalah mencari dana RM100k untuk Tabung Prihatin Covid bagi membantu mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19,” kata robot itu lagi kepada sasaran mereka.

Amin mendakwa, antara golongan sasaran yang mereka akan bantu adalah;

1. Frontliner.
2. Golongan B40.
3. Mahasiswa.
4. Keluarga yang terjejas pendapatan.

Robot ini akan menjawab segala persoalan yang ditanya tetapi jika soalannya di luar dari apa yang diprogramkan, kelihatan Amin pening untuk menjawab.

Misalnya apabila ditanya, “Perlu ke bantuan ini…kan cukup dengan doa je” sebagaimana yang pernah dikatakan oleh pemimpin Pas sebelum ini, Amin akan pening.

“***… tekan mana-mana butang atas tu utk teruskan menyumbang ye…” kata Amin apabila diajukan soalan itu.

Sebelum ini apabila netizen mencadangkan agar bendera putih digunakan sebagai lambang bahawa mereka termasuk dalam golongan yang terputus bekalan makanan dan bantuan, Pas membantahnya.

“Cukuplah dengan berdoa kepada Allah,” tetapi sekarang Pas melalui Dewan Pemudanya menggunakan robot pula untuk memungut derma.