Insentif  kepada peneroka Felda bukan penyelesaian tuntas

Insentif kepada peneroka Felda bukan penyelesaian tuntas

Pengerusi Taskforce Felda Bersatu Wan Mohd Shahrir Wan Abdul Jalil berkata, semua insentif tersebut hanyalah ‘silap mata’ atau ‘pil penahan sakit’ buat peneroka agar mereka melupai seketika derita yang terpaksa ditanggung sejak sekian lama dengan  memberi insentif-insentif yang sekadar melepaskan betuk di tangga.

Wan Mohd Shahrir menerangkan setiap satu intensif yang disediakan adalah seperti pengurangan hutang peneroka sebanyak RM5,000 kepada 94,956 peneroka bernilai RM519juta tidak mengurangkan beban peneroka kerana hutang peneroka meningkat sebanyak RM5 billion setahun.

“Peningkatan hutang ini bukan kerana kelemahan peneroka. Punca hutang tinggi ini kerana antaranya interest pinjaman tanam semula sebanyak 6.5%, sangat membebankan peneroka.

“Selain itu, kelemahan pengurusan menyebabkan sesetengah peneroka gagal menperolehi pulangan yang mencukupi untuk membayar semula hutang mereka walaupun selepas pulangan enam tahun.

“Sepatutnya selepas tempoh enam tahun peneroka boleh membayar semula pinjaman mereka mengikut jadual. Dengan pengurusan yang lemah dibawah technoplant, pulangan atau ‘yield’ peneroka sangat rendah dan ini di luar kawalan peneroka.

“Tambahan lagi, setiap peneroka tidak dapat maklumat secara telus jumlah hutang mereka.

“Felda menjanjikan sebelum ini setiap tiga bulan peneroka akan mendapat penyata hutang mereka. Jadi adakah Felda tahu sasaran berapa hutang sebenar setiap 94,956 peneroka yang terlibat?

“Kepada peneroka yang tidak menanam semula dengan Felda, apa erti insentif sebanyak lima ribu ini?,” soalnya.

Berkenaan dengan insentif kedua iaitu membenarkan membina rumah kedua di tapak rumah, beliau mempersoalkan bagaimana status GSA Felda.

“Adakah Felda akan membenarkan tapak berkenaan dipecahkan gerannya?

“Sebenarnya insentif ini bagi menutup kelemahan pentadbiran Datuk Seri Najib yang telah menjanjikan rumah generasi kedua Felda pada tahun 2012, hingga kini tidak dapat disiapkan, malah sebanyak sebelas 11,000 unit terbengkalai,” ujarnya.

Berkaitan dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula. Dana sebanyak RM300 juta akan diwujudkan selama 5 tahun. Ini untuk lupus hutang bagi kos operasi dalam jangkaan RM40 ribu.

Bagaimanapun ujarnya lagi, seseorang peneroka dianggar akan membuat pinjaman menanam semula sebanyak RM40ribu dan jika ada lebihan contoh 60 ribu maka dana sebanyak RM300 juta ini menampung lebihan.

“Dalam kes di atas lebihan sebanyak RM20ribu itu termasuk dalam skim ini.

“Persoalannya seperti insentif pertama, bagaimana peneroka terlibat mengetahui jumlah sebenar hutang mereka jika tidak pernah mendapat penyata hutang yang telus?,” soalnya lagi.

Begitu juga diterangkan dengan insentif berkaitan pelupusan sebahagian baki pinjaman saham FGV.

sehingga kini lebih 70 ribu peneroka yang sedang membayar baki pinjaman akan dilupus. Peneroka yang telah menyelesaikan baki pinjaman akan mendapat ganjaran tunai sebanyak RM1820.

Wan Shahrir yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi ini menjelaskan,ketika peneroka mendapat 800 unit saham FGV pada harga asal mereka terhutang sebanyak kira-kira RM3,000.

“Masalahnya peneroka yang tanahnya dicagarkan untuk menjana dana bagi membolehkan FGV disenaraikan terpaksa membayar harga pasaran sedangkan TS Isa mendapat ribuan saham pink form. Mana-mana peneroka yang membeli saham ini secara tunai hanya menperolehi kembali wang pelaburan mereka sebanyak RM1,820 sedangkan membeli dengan nilai RM3000. Inikah insentif?,soalnya.

Bagi insentif yang kelima iaitu geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan oleh MPOB dari 2017-2020. Peruntukan RM166 juta.

MPOB ujarnya, merupakan dana bagi tanaman kelompok. Pada tahun 2015 MBOP memutuskan ianya tidak boleh membiayai Felda, Felcra dan RISDA. Peneroka merupakan small land holder dan tidak termasuk dalam senarai boleh menerima geran MPOB yang bertujuan membantu tanaman kelompok kampung.

“Memang bagus untuk peneroka tetapi ke mana perginya dana Felda sendiri kerana selama ini Felda mampu membiayai penanaman semula mereka tanpa bantuan mana-mana agensi lain

“Dan akhir sekali, insentif yang memberikan imbuhan tunai sebanyak RM5,000 kepada setiap peneroka. Memang diakui, ini merupakan insentif yang dapat memberi kegembiraan seketika buat warga Felda.

“Namun demikian, pada awal penyenaraian FGV, Felda mampu memberi ‘durian runtuh’ sebanyak RM15ribu kepada peneroka. Sebahagian peneroka yang telah -diharamjadah’kan oleh PM kini hanya mendapat RM5,000 sahaja selepas 5 tahun FGV beroperasi.

“Kegagalan Felda memberi lebih daripada RM15ribu walau pada awal penubuhannya dijanjikan bahawa FGV ini bakal mengkayakan mereka membuktikan penyenaraian FGV tidak memberi apa-apa impak jangka panjang kepada peneroka.

“Malah sejak tertubuhnya FGV, masalah demi masalah timbul yang tidak dirasai oleh peneroka sebelum ini,” terangnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pada Ahad lalu mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Felda antaranya bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Bagaimanapun pengumuman itu tidak disambut baik oleh beberapa NGO antaranya seperti Pertubuhan Peneroka Rakyat Malaysia (Peneroka) dan Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) yang memperjuangkan nasib warga dan peneroka Felda.

insentif Najib

COMMENTS

Wordpress (0)