Insiden 24 jam sebelum mengundi titiskan air mata

Billboard yang dipasang di Kubang Kerian menghasilkan cerita yang menitiskan air mata.

“Kami diminta turunkan billboard, kemudian dipanggil semula. Kami hampir sebak”.

Dini hari ini, 8 Mei, kami pasang billboad PH di satu simpang jalan, bawah Parlimen Kubang Kerian, dekat sebuah rumah.

Hujan sikit-sikit, jam satu pagi. Kami ingat tanah itu bukan milik individu. Lokasinya strategik. Kami amat berminat utk billboard kami yg akhir.

Kami pun pasang, ukuran 16′ x 8 ‘ bserta kerangka kayu yg agak besar dan berat.

Dah selesai pasang, tuan rumah tubik dan suruh buka balik. Dia tak benar pasang tepi pagar dia.

Kami akur, cabut dan rebahkan kerangka billboard selaluh. Dia berkata:

“PAS mintok pase, ambo tok bagi. UMNO mintok,, ambo tak bagi. Ambo benci benar loni ko PAS dan UMNO”.

Kami dengar dan tidak berkata banyak. Tapi hati saya berdoa dan masih berniat utk memujuknya. Tiba-tiba dia sambung lagi.

“Tapi pasal awok dari PH, takpolah, ambo bagi awok pase. Ambo nok PH mene PRU14 dan memerintoh. Ambo nok tukar undi kpd PH”.

Allahu Akbar! Berdetum dan hampir sebak jiwa kami. Tubuh kami yg lesu kembali pulih, kuat dan bersemangat seperti mari cahaya baharu.

Dia minta kami angkut billboard ke seberang jalan utk dipasang sebelah rumah kedai baru juga miliknya.

Abang ini seperti sudah muak dgn politik yg ada, yg diterajui oleh dua pemain yg disebutnya. Tetapi jiwa mukmin abang ini masih kuat, masih ada harapan, dan tidak berputus asa.

Dia meletak harapan kpd pilihan yg lain, yg mungkin lebih baik.

Terdapat hadith Qudsi, “Sangkaan Allah itu adalah menurut sangkaan hamba-Nya”.

Walaupun kami petugas biasa, kami akan
sampaikan mafhum mesej abang ini, kpd calon PH untuk Parlimen Kubang Kerian, Dato Dr Abd Halim, Calon DUN Pasir Tumboh Cikgu Noor dan Calon DUN Demit Dr Wan Kamil.

PH mesti mendahulukan tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat dgn penuh amanah.

Rakyat, kalau dah benci, maka payah untuk mengembalikan kepercayaan itu. Ini satu pengajaran yg besar yg kami timba dalam politik, pagi ini.

Terima kasih banyak kpd abang ini dan setiap rakyat yg sudi menunjuk ajar kami, untuk politik yg lebih baik, politik hormat, politik cinta, untuk rakyat.
……
Catatan tulus A. Hakim, petugas Billboard PH Kubang Kerian, 3pagi, 8 Mei, 2018

CATEGORIES
TAGS