Malaysia Dateline

Insiden panjat pagar: Syed Saddiq ada hak dibiarkan sendirian dan privasi, kata Hanipa

Insiden Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memanjat pagar dan menjadi viral di media sosial sebagai bahan parodi, seharusnya tidak berlaku dikalangan netizen, kata Timbalan Menteri (Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri,  Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, insiden seperti itu tidak boleh sama sekali berlaku di atas apa alasan sekalipun.

“Meskipun para netizen tidak sedikit yang seolah-olah menjadikan insiden yang berlaku ke atas YB Menteri Belia dan Sukan khususnya insiden beliau memanjat pagar sebagai “bahan ketawa” hatta hingga sanggup diparodikan, saya amat bersimpati dengan apa yang berlaku kepada YB dan berharap beliau tabah menghadapi ujian tersebut.

“Walau apa pun alasan yang diberikan, bagi saya, insiden tersebut tidak sewajarnya berlaku dalam negara ini khususnya di Malaysia Baru ini.

“Di mana adab dan sopan santun rakyat Malaysia yang kita banggakan selama ini?, soalnya.

Mohamed Hanipa yang berpengalaman luas dalam perundangan dan seorang peguam sebelum aktif berpolitik berkata, isu Ketua Armada Bersatu itu terpaksa menyelamatkan dirinya daripada keadaan yang boleh menganggu gugat keselamatannya, ada kaitan dengan satu hak dalam undang-undang.

“Para pengamal undang-undang namakan sebagai ” the right to be let alone” (hak dibiarkan bersendirian). Hak ini berkait rapat dengan ” the right to privacy” (hak privasi).

“Di Amerika, seawal tahun 1967, Mahkamah Agong di sana telah memutuskan isu yang berkaitan isu gangguan ke atas hak kepada “privacy” ini . Kes yang berkaitan adalah kes Katz v United States 389 US 347 ( 1967 ).
“Meskipun kes itu pada dasarnya melibatkan isu ” government wiretapping” dan implikasinya ke atas hak yang dinyatakan di dalam Pindaan Keempat ( The Forth Amendment ) Perlembagaan Amerika , yang saya nak kongsi di sini adalah prinsip penting yang dinyatakan di dalam kes tersebut.

“Kes tersebut telah mewujudkan apa yang dipanggil ujian Katz atau ” Katz test” . Secara mudahnya , kes itu menekankan bahawa Pindaan Keempat Perlembagaan Amerika itu ” protects people not places” ( melindungi orang bukannya tempat ).

“Mahkamah dalam kes itu memutuskan bahawa ” its ( the 4th Amendment ) protection should extend beyond the physical bound of one’s home and property”.

” Persoalan penting yang dinamakan ” Katz test ” tersebut adalah ” whether one has ” a reasonble expectation of privacy” in certain circumstances”.

“Sayugia ingin saya nyatakan di sini bahawa prinsip penting dalam kes ” Katz v United Statess ” tersebut telah diterima pakai oleh Mahkamah di Kanada dalam sebuah kes iaitu kes Hunter v Southam Inc ( 1984 ) 2 SCR 145 di mana , antara lain , Justice Dickson, yang menulis bagi pihak mahkamah dalam keputusan yang sebulat suara itu, menyatakan ” the right to be let alone by other people” adalah asas kepada hak jangkaan kepada “privacy” ( expectation of privacy ) di dalam masyarakat yang bebas dan demokratik,” jelasnya.

Menurut Mohamed Hanipa yang juga Ahli Parlimen Sepang, apa yang berlaku kepada rakannya Ahli Parlimen Muar itu bukan sahaja tidak wajar dan tidak patut sama sekali, malahan ia juga jelas bercanggah dengan hak untuk dibiarkan bersendirian dengan tidak diganggu atau dikacau.

“Seperti yang dikatakan dalam nas kes yang saya nukilkan di atas, hak tersebut “melindungi orang dan bukannya tempat”. Di mana YB tersebut dikacau-ganggu adalah tidak penting sama sekali .

” Apa yang penting, bagi saya, adalah beliau telah tidak dibiarkan bersendirian dalam persekitaran yang aman dan damai bersama keluarga dan rakan-rakannya ( What matters is the fact that he was not be left alone in a peaceful environment with his family dan friends ).

“Dan tindakan mengacau-ganggu tersebut, bagi saya “was too much”.

“May justice and common sense prevail.”, ujarnya.

Dalam kejadian pada 1 Februari lepas, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa dirinya bersama beberapa pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor diserang sekumpulan 200  orang  ketika menghadiri perjumpaan di Savanah Hill Resort, Ulu Tiram,Johor.

Syed Saddiq berkata, keadaan berkenaan turut mengakibatkan dirinya terpaksa keluar melalui jalan belakang resort berkenaan kerana bimbang keselamatan diri.