Malaysia Dateline

Institusi Raja disaran jadi agenda nasional kerajaan PH, kata ahli akademik

Kerajaan Persekutuan yang memerintah hari ini perlu menjadikan Institusi Raja sebagai Agenda Nasional untuk menyatupadukan rakyat dan menentukan bahawa keadilan sosial serta kenegaraan terus terjaga.

Profesor Datuk Dr Ramlah Adam
Dr Ramlah Adam

Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Ramlah Adam menegaskan bahawa pemahaman tentang bidang kuasa Raja, peranan Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan konsep Raja Berperlembagaan perlu ditekankan khususnya kepada golongan muda.Datuk

“Sejarah serta tamadun yang telah kita bina patut kita hargai yang mana ia berkait dengan Raja-raja Melayu.”

Ujarnya, sesiapa saja yang menjadi warganegara Malaysia bermakna menjadi rakyat Persekutuan maka perlu angkat sembah kepada Yang Di-Pertuan Agong dan memahami kewujudannya.

“Anak-anak muda perlu belajar, jangan syok sendiri dengan bercakap yang menunjukkan kejahilan, kecetekan pengetahuan atau jangan menunjukkan emosi kerana Institusi Raja ini dah berjalan sejak bertahun-tahun dulu, dari zaman kesultanan Melayu sedangkan anak muda ini baru hidup 24 atau 25 tahun.

“…atau orang-orang yang minat politik atau nak tunjuk terlalu simpati… terlampau pro dengan parti dia pun janganlah sampai nak buang Institusi Raja kerana sistem ini tak ada kena mengena dengan politik.” ujarnya.

Jelas beliau, Majlis Raja-raja berada di luar Parlimen, ada entiti sendiri dan bidang kuasa yang jelas termaktub dalam Perlembagaan.

“Rakyat ini hanya ada pilihan raya untuk pilih pemimpin. Raja jangan dikacau. Kita ada perlembagaan, peganglah dan ikutlah undang-undang yang telah termaktub.

“Kerajaan yang memerintah pula jangan hanya mementingkan satu-satu kaum. Masa berkempen parti politik memang ada kelompok tertentu tapi apabila dah menang kena mentadbir untuk semua.” ujarnya menerusi Diskusi U3.0 mengupas isu ‘Institusi Raja Malaysia’ dalam kenyataan dipetik semalam.

Kata beliau, isu sekarang ini ialah Baginda Yang Di-Pertuan Agong meletak jawatan jadi kuasa Majlis Raja-raja yang akan menentukannya.

“Pelantikan Yang Di-Pertuan Agong adalah hak Raja-raja kerana Raja adalah pemerintah negara, tidak ada kena mengena dengan mana-mana fahaman politik.