Malaysia Dateline

Integriti pemimpin lampau

Kelmarin, YB Pulai, YB Shah Alam dan saya bersembang santai dengan YB Gua Musang seorang MP veteran di Dewan Rakyat- di ruang rehat di Parlimen.

Agak banyak juga perkara yang kami sembang khususnya hal ehwal politik terkini dan semasa. Kami sebenarnya lebih banyak mendengar dari tokoh yang kami hormati tersebut dan hanya mencelah sekali sekala.

Saya ada bertanya kepada YB Gua Musang “apakah yang mendorong pemimpin lampau seperti almarhum Tun Hussein Onn yang sanggup bentang RUU Kuasa-Kuasa Darurat Kelantan 1977 di dalam dewan melalui sidang Parlimen pada 8/11/1977 ?

” Yang bestnya, Parlimen benarkan dewan untuk ditempohkan ke jam 7.30 pm bagi membolehkan RUU Darurat itu dibahas dan diundi.”

“Yang lagi best masa YAB PM bentang, arwah YAB PM JUJUR mengakui RUU Darurat itu ada kesan pada prinsip dan amalan demokrasi!

Saya tanya ” YB Ku, maaf, nak tanya sikit. Kenapa dia orang buat semua itu ya? Why did the PM do it like that then? Was he solely motivated by INTEGRITY, Ku?

Dia jawab ” Benar YB. He was merely motivated by INTEGRITY. Purely integrity , YB!”

Tabik lah.

La ni???