Intitusi negara kini diancam

Intitusi negara kini diancam

Calon Amanah ketika berkempen di Kuale perlu diberi kepercayaan untuk menyuarakan bantahan.

Kerajaan BN/Umno akhir-akhir ini telah mengancam dan menggugat institusi negara dengan Perdana Menteri mengamalkan salahguna kuasa untuk kepentingan dirinya. Di bawah adalah senarai salahguna kuasa khususnya untuk menutup skandal terbesar negara menelan kos RM 50 bilion dalam skandal 1MDB dan sumbangan ke dalam akaun peribadi beliau bernilai RM4.2 bilion.

1. Menamatkan khidmat Peguam Negara lebih awal yang merupakan pengerusi jawatankuasa siasatan kes 1MDB dengan menggantikan yang baru. Kertas siasatan telah disediakan untuk mendakwa PM atas salahguna kuasa tetapi hingga kini Peguam Negara yang baru tidak mengambil apa-apa tindakan.

2. Membubarkan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) Parlimen secara tidak langsung dengan  melantik pengerusinya YB Dato’ Jazlan Mohammad Rahmat dan beberapa anggota dari BN sebagai anggota kabinet. Jawatankuasa tersebut yang sudah memulakan siasatan dan hampir menyiapkan laporan, terbubar menyebabkan perlantikan baru terpaksa dibuat oleh Parlimen dalam jarak masa yang lama.

3. Memindahkan anggota yang menyiasat skandal 1MDB dari SPRM dan Polis dengan campur tangan siasatan yang PM ada kepentingan.

4. Menggunakan undang-undang SOSMA ke atas pengadu yang mahu kes 1MDB diselesaikan seperti DS Khairudin Abu Hasan dan peguamnya Mathias Chang. Salahguna undang-undang ini amat serius kerana SOSMA digunakan untuk menangani keganasan bukan untuk memangsakan pengadu terhadap penyelewengan dan salahurus kewangan negara.

5. Meletakkan laporan Jabatan Audit Negara tentang 1MDB bawah Akta Rahsia Rasmi Kerajaan (OSA) sekaligus menyalahgunakan Akta Rahsia Rasmi untuk sembunyikan penyelewengan. Kenapa perlu OSA kalau dana 1MDB tidak diselewengkan?

6. Akta Majlis Keselamatan Negara memberikan kuasa besar kepada PM sekaligus mengurangkan kuasa isytihar darurat YDPA walaupun majlis raja-raja minta untuk diperhalusi lagi. Kini akta MKN secara otomatik digazetkan selepas 30 hari diserahkan kepada YDPA walaupun tanpa tanda tangan persetujuan Agong.

Oleh itu pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar mesti menunjukkan sikap membantah kepada PM dan kerajaan BN dengan menolak calon Umno/BN dan calon parti PAS yang tiada berpendirian dalam membantah kepimpinan PM DS Najib Tun Razak dan sikap membisu kabinet dan ahli parlimen BN yang lain.  Hanya calon Amanah mewakili Pakatan Harapan sahaja yang komited untuk menyelamatkan negara dan membantah tindakan PM dan Kabinetnya dalam penyelewengan wang negara yang memalukan Malaysia di mata dunia.

COMMENTS

Wordpress (0)