Invoke lancar kempen, akujanji untuk 30 calon PH

6 cari 30 calon PH yang membuat aku janji dan akan menyertai projek kempen oleh Invoke.

Invoke menyenaraikan 30 calon Pakatan Harapan dari PKR dan AMANAH dalam projek kempennya menjelang pilihan raya umum ke 14 nanti.

Kesemua mereka perlu membuat aku janji untuk mengisytiharkan harta masing-masing dan mematuhi janji untuk memperjuangkan reformasi di negara ini.

Majlis aku janji dan perisytiharan harta itu dibuat dalam satu majlis di sebuah pusat membeli belah di Subang malam ini.

30 calon PH itu akan mendapat khidmat kempen dari Invoke di samping berusaha untuk memberikan wang tunai RM20,000 untuk calon parlimen dan RM10,000 untuk calon negeri bagi menjalankan kempen.

Menurut senarai yang diisytiharkan malam ini, 20 pemimpin PKR, 9 pemimpin AMANAH dan seorang pemimpin Pas, Datuk Mahfuz Omar terlibat dalam projek ini.

Sebahgian dari 30 calon dan orang ramai yang mengikuti pelancaran kempen Invoke untuk calon PH dalam PRU 14 dalam majlis aku janji malam ini.

Sebahagian besar mereka hadir dalam majlis menandatangani aku janji itu malam ini.

Mereka menandatangani aku janji ini bersama pengasas dan pemegang saham majoriti Invoke, Rafizi Ramli.

Antara pemimpin PKR adalah Datuk Saifudin Nasution, Datuk Johari Abdul dan lain-lain.

Presiden AMANAHMohamad Sabu, timbalannya Salahudin Ayub dan Datuk Dr Mujahid Yusof pula antara pemimpin Amanah yang terlibat.

Bagaimanapun Mohamad tidak menyertai majlis aku janji pada malam ini.

 

9.0
OVERALL SCORE
: 8.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS