Iqbal tak boleh hidup jika tiada RM50,000 sebulan

Oleh KIM SYAZIE

Bekas kekasih Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli memberitahu dia memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan untuk meneruskan kehidupannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Iqbal berkata dia memerlukan wang sebesar itu bagi membayar komitmen bulanannya.

Berkongsi paparan skrin bil elektrik rumahnya mencecah RM1,600 sebulan, kata Iqbal lagi, beliau turut berhabis ribuan ringgit untuk membeli susu anaknya, Ziyad.

“Bersungguh saya jual barang, sekelip mata begitu saja keluar balik bayar bil elektrik. Susu anak anak pun sudah beribu sebulan.

“Basic komitmen saya setiap bulan tidak kurang RM50,000 sejak lima tahun lepas. Tiada RM50,000 sebulan saya tidak boleh jalani kehidupan seharian.

“Sendiri kerja tiada pernah ditanggung siapa. Ini pun bukan untuk saya sendiri sepenuhnya. Belum termasuk barang kehendak,” katanya.

Di Instagram juga, Iqbal menjual beberapa perabot rumahnya kepada warganet dengan harga yang rendah berbanding awal pembelian yang mencecah ribuan ringgit.

Namun apa yang menggelikan hati apabila ada segelintir individu mengatakan barangan rumah Iqbal boleh dibeli di platform lain dengan harga yang jauh lebih murah.

“Saya kelu tiada jawapan apabila ada beberapa orang DM, ‘ni saya beli dekat Shopee baru berapa ringgit’. Macam mana saya nak jawab? Saya mahu jelaskan takut dianggap riak.

“Begini setiap barang yang saya beli nampak sama tapi bukan dia. Macam sofa, saya beli RM26,000, saya beli tunjuk resit.

“TV ruang tamu pun RM30,000, set pinggan mangkuk dah cecah RM25,000. Memang kalau cari di Shopee nampak seakan tapi bukan. Janganlah samakan begitu, kasihan saya.

“Saya jual bukan dapat untung cuma saya tidak mahu simpan. Kalau saya tawar percuma, semua berebut dan ambil kesempatan.

“Biasa satu minit muat naik terus orang bayar. Jadi, kalau siapa serius mahu beli terus buat bayaran ya” katanya di pengakhiran di status IG.

Baca juga: “2 tahun aku dilamar sebelum menjadi isteri, tapi lepas 4 hari nikah semua terbongkar, rupanya suami aku…”