Malaysia Dateline

Ir Phahrolrazi diumum sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah

Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi, Pengerusi AMANAH Negeri Kedah telah dipilih sebagai Ketua Pembangkang yang baharu bagi Dewan Undangan Negeri Kedah.

Demikian diumumukan oleh Pengerusi PH Kedah, Datuk Johari Abdul di Alor Setar semalam.

Jelas beliau lagi, kesepakatan telah dipersetujui untuk menamakan Phahrolrazi yang juga merupakan Adun Alor Mengkudu sebagai ketua pembangkang Dun Kedah yang baharu.

“Beliau telah dipersetujui untuk dipilih sebagai ketua pembangkang PH bagi Dun Kedah serta mempunyai peranan yang penting dalam sidang Dewan.

” PH Kedah akan diperkukuhkan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang tidak lama lagi yang dijangka akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

” Sebagai Pengerusi PH Kedah, saya akan memberi tumpuan terhadap tugas di Parlimen yang sedang berlangsung sekarang,” tegas Johari.

Manakala Phahrolrazi pula berkata, pilihanraya mungkin akan diadakan lebih awal kerana kerajaan sedia ada merupakan sebuah kerajaan yang tidak begitu stabil dan ketiga-tiga parti bersiap sedia untuk menghadapi pilihanraya serta menggerakkan seluruh jentera.