Ir Phahrolrazi pengerusi baharu AMANAH Kedah Sesi 2019-2022

Ir Phahrolrazi pengerusi baharu AMANAH Kedah Sesi 2019-2022

Konvensyen AMANAH Negeri Kedah yang telah diadakan pada Jumaat menampilkan muka baru bagi menerajui kepimpinan AMANAH Negeri Kedah bagi sesi 2019-2022.

Dalam pemilihan yang telah diadakan tersebut, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kundur telah dipilih sebagai Pengerusi yang baru bagi menggantikan Datuk Dr Ismail Salleh.

Manakala bekas Pengerusi, Datuk Dr Ismail Salleh diberi mandat sebagai Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Kedah bagi penggal yang baharu.

Sementara itu bagi jawatan Naib Pengerusi 1 pula ialah Mohd Taib Ahmad dan Naib Pengerusi II ialah Fauzi Tahir dari kawasan Padang Serai.

Barisan ahli jawatankuasa yang baru pada kali ini turut dianggotai oleh Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang juga merupakan Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Antara pimpinan AMANAH Negeri Kedah yang hadir semasa Konvensyen AMANAH Negeri Kedah pada Jumaat.

Adun Kota Siputeh, Dr Salmee Said juga dipilih bagi menganggotai barisan kepimpinan AMANAH Negeri Kedah bagi kali ini.

Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kedah, Mohd Khairizal Khazali turut mengganggotai barisan kepimpinan yang telah diadakan pada Jumaat.

Selain itu turut berjaya membarisi kepimpinan kali ini ialah Nasir Zakaria dan Hamid Ibrahim.

Mazli Saipi dan Idrus Hamid serta Zaharan Dato Abdullah turut berjaya dipilih dalam pemilihan tersebut.

Ridzwan Abu Bakar dan Fadhlun Rahman Zawawi juga dipilih menganggotai kepimpinan kali ini.

Di samping itu turut dipilih ialah Siti Balqish Hussin, Johari Abdullah dari kawasan Baling serta Adnan Saad.

Konvensyen yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar serta kepimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Kedah.