Nama Ira Kazar masih lagi meniti bibir peminat dan pengikutnya yang kini semakin aktif di media sosial selepas sah bercerai dengan Syamsul Yusof.
Namun timbul khabar yang agak sedih untuk didengar kerana bekas isteri kepada pengarah terkemuka itu dikatakan tidak pernah benar-benar bahagia.
Menurut laporan Utusan Malaysia yang memetik sumber, dalam tempoh perkahwinan mereka, boleh kira dengan jari berapa hari sahaja Ira duduk sekali di rumah kelamin bersama Syamsul.
Selebihnya, pada kebanyakan waktu, Ira disuruh si suami, tinggal di rumah ibu bapa sendiri.
Khabar tersebut sekaligus menjawab persoalan mengapa Ira sepertinya lebih banyak menghabiskan masa di rumah keluarga dan bukan di rumah Syamsul.
“Apa yang orang tidak tahu, sepanjang tempoh duduk di rumah ibu bapa juga, sepatah pertanyaan khabar pun tak pernah dilayangkan kepada Ira, apatah lagi tanya makan dan minumnya.
“Sudahlah begitu, untuk bersosial sebagai manusia biasa pun khabarnya tidak dibenarkan.
“Meskipun duduk di rumah ibu bapa, kata sumber, Ira pun tentulah mahu bantu keluarganya menampung perbelanjaan.
“Iyalah,sekurang-kurangnya, untuk makan minumnya dan mak ayah atau bayar bil. Disebabkan itu, maka kalau perasan, Ira ada buat hantaran berbentuk pekerjaan bila dia dapat tawaran bekerja dengan Datuk Alif Syukri baru-baru ini,” kata Cik Bunga dalam ruangan kolum di Utusan Malaysia.
Selain itu mengenai Syamsul yang tidak pulang ke rumah orang tua, Ira dikatakan amat bersedih kerana dirinya dipersalahkan semua pihak.
Dia seolah-olah dilihat sebagai punca yang menyebabkan Syamsul tidak pulang ke pangkuan keluarga.
Namun cerita sebenarnya adalah Ira sudah berulang kali menasihati suami ketika itu supaya pulang jumpa ibu dan ayah yang sangat merindui dirinya.
Kini apabila Syamsul sudah pulang ke pangkuan keluarga, dia berasa gembira dan pada masa sama remuk hati kerana ia secara tidak langsung seperti mengesahkan dakwaan bahawa dia yang selama ini melarang Syamsul untuk pulang.
“Namun, pada masa sama, hatinya juga remuk kerana tindakan itu dilakukan Syamsul sejurus selepas mereka bercerai, seolah-olah memberi gambaran bahawa Iralah yang menjadi punca dan penghalang utama.
“Ada beberapa perkara panjang lain yang Cik Bunga dimaklumkan mengenai perihal hidup Ira dan Syamsul.
“Tetapi, itu sahajalah yang dapat Cik Bunga sebutkan di sini kerana yang lainnya lebih mengejutkan.
“Tidak sampai hati pula nak dedahkan. Namun, Cik Bunga tahu, suatu masa nanti, kebenaran akan muncul. Biarpun rumah tangga mereka sudah terlerai,mungkin Ira juga sudah cukup lama menyimpan rasa sabarnya,” .
Baca juga: Nak hasilkan buah manis? Rupanya kena campur dua bahan ini dalam air baja!